
Godzilla Minus Zero bakal membawa Godzilla ke arah yang lebih ganas. Filem sambungan kepada Godzilla Minus One itu menerima rating R kerana kandungan keganasan dan imej berdarah, sekali gus menjadi filem pertama dalam francais ini yang menerima penarafan tersebut.
Perkembangan ini memberi sedikit gambaran tentang pendekatan Takashi Yamazaki untuk filem kedua. Godzilla Minus One sebelum ini menerima rating PG-13, manakala Godzilla Minus Zero nampaknya akan menampilkan ancaman Godzilla dengan unsur keganasan yang lebih ketara. Sejauh mana perbezaannya, kita perlu tunggu sehingga filem itu ditayangkan.
Filem ini akan berlatarkan tahun 1949, dua tahun selepas peristiwa filem pertama. Jepun sedang berusaha pulih daripada kemusnahan perang dan serangan Godzilla. Ketika penduduknya mula kembali menjalani kehidupan seperti biasa, satu ancaman baharu muncul dan memusnahkan keamanan yang baru mereka kecapi.
Ryunosuke Kamiki dan Minami Hamabe kembali membawakan watak masing-masing, sementara Yamazaki sekali lagi bertindak sebagai pengarah, penulis dan peneraju kerja kesan visual. Filem ini turut dihasilkan untuk tayangan IMAX, dengan visual dan bunyi yang disesuaikan khusus bagi format tersebut.
Godzilla Minus Zero dijadualkan ditayangkan di Jepun pada 3 November 2026, diikuti Amerika Utara pada 6 November 2026.
Sumber: Bloody Disgusting
