Kakimuvee
AsianHorrorOfficial Trailer

Takashi Miike Kembali Dengan Bad Lieutenant: Tokyo, Bakal Tayang Di Festival TIFF September Ini

Gambar Bad Lieutenant: Tokyo

Pengarah legenda Jepun, Takashi Miike, kembali dengan sebuah filem aksi thriller baharu berjudul Bad Lieutenant: Tokyo. Filem ini turut menampilkan barisan pelakon antarabangsa seperti Shun Oguri, Lily James dan bintang WWE, Liv Morgan.

Menurut laporan Bloody Disgusting, teaser pertama filem tersebut telah pun diperkenalkan, manakala tayangan perdana dunia dijadual berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) pada September ini sebelum ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat oleh NEON pada penghujung tahun.

Bad Lieutenant: Tokyo merupakan sekuel berdiri sendiri kepada Bad Lieutenant (1992) arahan Abel Ferrara, selain menjadi filem ketiga dalam francais tersebut selepas Bad Lieutenant: Port of Call New Orleans (2009) arahan Werner Herzog.

Dalam filem ini, Shun Oguri membawakan watak seorang detektif Tokyo yang telah jatuh ke lembah rasuah, ketagihan dan keganasan.

Hidupnya berubah apabila dia terlibat dalam siasatan rumit membabitkan bekas ahli yakuza yang mahu membalas dendam, seorang ejen FBI misteri serta kehilangan anak perempuan kepada sebuah keluarga berpengaruh dari Amerika Syarikat.

Selain Oguri dan Lily James, filem ini turut dibintangi Shotaro Mamiya, Shūhei Nomura, Nanase Nishino, Yuka Mukai dan Liv Morgan, manakala skripnya ditulis oleh Daisuke Tengan, penulis yang sebelum ini sering bekerjasama dengan Takashi Miike menerusi filem seperti Audition dan 13 Assassins.

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai tayangan di pawagam tempatan. Pengedaran yang disahkan ketika ini hanyalah oleh NEON di Amerika Syarikat dan Sony Pictures Entertainment Japan di Jepun.

Gambar Bad Lieutenant: Tokyo
Gambar Bad Lieutenant: Tokyo
Gambar Bad Lieutenant: Tokyo
Gambar Bad Lieutenant: Tokyo
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Robert Pattinson Bawa Watak Chris Hansen Dalam Filem Biografi Jenayah Primetime

Karim Khan

Maraton Sebelum ‘Evil Dead Burn’! Kesemua 5 Filem ‘Evil Dead’ Akan Tersedia Di HBO Max

Karim Khan

Sacha Baron Cohen Hidupkan Kembali Karakter Paling Kontroversi Dalam Filem Baharu Ali G: Who Iz I?

Karim Khan

Inde Navarrette Terperangkap Di Atas Roller Coaster Dalam Invertigo

Karim Khan

Klip Baharu Ice Cream Man Ubah Bunyi Trak Aiskrim Menjadi Mimpi Ngeri Dalam Slasher Arahan Eli Roth

Karim Khan

Fenomena YouTube The Mandela Catalogue Bakal Diadaptasi Ke Layar Perak Oleh Steven Spielberg & Amazon MGM

Karim Khan

Leave a Comment