
Marvel Studios mengumumkan bahawa siri animasi Marvel Zombies akan diteruskan menerusi tiga annual specialyang dijadualkan untuk ditayangkan secara tahunan bermula 2027 hingga 2029.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Marvel Television dan Marvel Animation sempena acara New York Comic Con (NYCC), yang turut menyaksikan beberapa projek baharu Marvel diperkenalkan kepada peminat.
Menurut Nerdist, annual special pertama berjudul The Winter Soldier akan ditayangkan pada 2027, diikuti The Fist of Khonshu pada 2028 dan The Last Guardian pada 2029.
Ketiga-tiga annual special ini akan memberi peluang kepada Marvel untuk meneroka lebih banyak kisah serta watak dalam dunia Marvel Zombies, yang menampilkan versi alternatif Marvel Cinematic Universe (MCU) apabila wabak zombi menjangkiti sebahagian besar adiwiranya.
Bagaimanapun, Marvel masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenai jalan cerita setiap annual specialtersebut, termasuk barisan penulis yang akan terlibat.
Buat masa ini, tarikh tayangan khusus bagi ketiga-tiga episod berkenaan juga masih belum diumumkan.
Sumber: Nerdist
