Kakimuvee
NetflixStreaming

Heartland: Jessica Chastain Siasat Kehilangan Anak Saudara Dalam Filem Thriller Netflix

Gambar Heartland

Netflix mengumumkan tarikh tayangan serta beberapa foto pandang pertama untuk Heartland, sebuah filem thriller misteri baharu yang dibintangi pelakon pemenang Oscar, Jessica Chastain.

Filem ini akan mula ditayangkan di Netflix pada 13 November 2026, dengan Chastain mengetuai barisan pelakon bersama Garrett Hedlund, Carter Faith, Ross Lynch, Paul Sparks, Jennifer Nettles dan John Hawkes.

Dalam Heartland, Chastain memainkan watak Misty Jones, seorang legenda muzik country yang telah bersara. Kehidupannya berubah apabila anak saudaranya yang juga merupakan bintang muzik country yang sedang meningkat naik dilaporkan hilang dalam keadaan misteri.

Misty kemudiannya keluar daripada persembunyian untuk menyiasat kehilangan tersebut dan menyelami sisi gelap Nashville dalam usaha mencari jawapan.

Filem ini diarahkan oleh Shana Feste, yang sebelum ini mengarahkan Country Strong. Jessica Chastain pula menyertai projek tersebut pada tahun lalu..

Netflix turut memperkenalkan lapan foto pandang pertama daripada Heartland. Antaranya menampilkan Chastain berjalan di kawasan hutan sambil memegang sepucuk pistol, manakala satu lagi foto menunjukkan wataknya membuat persembahan bersama Winnie Jo Lean lakonan Jennifer Nettles dengan mengenakan pakaian serba hitam serta topi koboi.

Barisan pelakon filem ini turut menampilkan beberapa individu yang mempunyai latar belakang dalam muzik country. Nettles, yang merupakan salah seorang anggota duo Sugarland, pernah berlakon dalam Harriet dan The Righteous Gemstones.

Carter Faith pula membuat penampilan lakonan pertamanya menerusi Heartland sebagai anak saudara Misty. Faith sebelum ini menerbitkan album penuh pertamanya, Cherry Valley, pada Oktober tahun lalu. Album tersebut turut menerima pencalonan Academy of Country Music Award bagi kategori Album of the Year.

Artikel Berkaitan:  Kim Do Hoon Terajui Filem Aksi Sejarah Netflix, Dochabi

Bagi Chastain, Heartland menambah satu lagi projek dalam kerjaya lakonannya yang merangkumi filem seperti Zero Dark Thirty, The Martian, Interstellar dan Molly’s Game. Di televisyen, dia turut membintangi Scenes from a Marriage dan George & Tammy.

Trailer Heartland dijangka diperkenalkan dalam beberapa minggu akan datang. Filem ini akan tersedia untuk distrim di Netflix mulai 13 November 2026.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

VisionQuest, Merry Berry Love Antara Kandungan Menarik Disney+ Oktober Ini

Farah

6 Rancangan Menarik Di Disney+ September 2026

Farah

Cela: Nabila Huda Dan Hun Haqeem Bergandingan Dalam Drama Viu Original

Farah

Ryan Hurst Digugurkan Sebagai Kratos Selepas Cedera Di Set Penggambaran Siri God of War

Karim Khan

Dan Stevens Bakal Jadi RoboCop Dalam Siri Prime Video

Karim Khan

The Devil Wears Prada 2 Raih 15.2 Juta Tontonan Di Disney+ Dan Hulu

Farah

Leave a Comment