Kakimuvee
NetflixStreaming

Daripada ‘Human Vapor’ Hingga ‘Danur 4’, Ini Tontonan Seram Netflix Pada Julai 2026

Senarai filem dan siri bergenre seram serta thriller yang bakal menemui penonton di Netflix sepanjang Julai 2026. Daripada kisah pembunuh misteri, makhluk ghaib hinggalah ancaman psikologi yang menegangkan, inilah antara judul yang wajib dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda bulan ini.

1. Human Vapor (2 Julai)

Siri 8 episod adaptasi dari filem klasik Jepun tahun 1960.

Siri thriller sains fiksyen ini mengisahkan seorang individu misteri yang dikenali sebagai Human Vapor, manusia yang mampu menukarkan tubuhnya menjadi wap dan melakukan pembunuhan yang mustahil dijelaskan.

Ketika Jepun dilanda ketakutan, seorang detektif dan wartawan mula menyiasat identiti sebenar lelaki tersebut sebelum lebih ramai mangsa terkorban.

2. Smile 2 (3 Julai)

Sekuel kepada filem seram psikologi, Smile, lakonan Naomi Scott.

Ketika bakal memulakan jelajah konsert dunia, bintang pop terkenal Skye Riley mula mengalami kejadian aneh dan menakutkan selepas menyaksikan satu insiden tragis. Gangguan yang semakin mengerikan memaksanya berdepan masa silam yang kelam sambil cuba melarikan diri daripada entiti misteri yang menghantui mangsanya melalui senyuman menyeramkan.

4. Suzzanna: Witchcraft (23 Julai)

Jika anda gemarkan gabungan elemen sihir, dendam dan legenda nusantara, Suzzanna: Witchcraft boleh dimasukkan dalam senarai tontonan.

Juga dikenali di Indonesia sebagai ‘Suzzanna: Santet Dosa di Atas Dosa’, ia mengisahkan Suzzanna yang nekad mempelajari ilmu santau untuk membalas dendam atas kematian ayahnya.

Namun, ketika kuasa gelap yang dipelajarinya semakin menguasai dirinya, Suzzanna jatuh cinta dengan seorang lelaki yang tidak mengetahui rahsia gelapnya.

4. The Truthers (24 Julai)

Filem thriler psikologi dari Sepanyol lakonan José Coronado dan Stéphanie Magnin. Menggabungkan elemen misteri keluarga, paranoia dan rahsia gelap yang tersembunyi di sebalik teori konspirasi.

Artikel Berkaitan:  IT: Welcome To Derry Musim 2 Telah Diumumkan Secara Rasmi

Selepas kematian misteri ibunya, Ruth pulang ke kampung halamannya dan bertemu semula dengan bapanya, Martín, yang kini obses dengan teori konspirasi dan menunjukkan tingkah laku yang semakin pelik. Hubungan mereka yang tegang menyebabkan Ruth mula mengesyaki bahawa bapanya mungkin terlibat dalam kematian ibunya sendiri.

5. Danur 4: The Last Chapter (30 Julai)

Selepas bertahun-tahun berpisah dengan rakan-rakan hantunya, Risa memilih untuk menjalani kehidupan normal dan menutup pintu komunikasi dengan alam ghaib. Namun, ketenangan itu terganggu apabila adiknya, Riri, mula berkelakuan aneh selepas dilamar di sebuah teater lama.

Ketika majlis perkahwinan semakin hampir, Risa turut mengalami kejadian menyeramkan dan kematian yang berulang-ulang. Menyedari sesuatu yang jahat sedang menghantui keluarganya, Risa percaya rakan-rakan hantunya, Peter dan yang lain, sedang cuba menyampaikan satu mesej penting kepadanya. Filem ini menjadi penutup kepada perjalanan Risa dalam francais Danur.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Sweetpea Musim 2: Ella Purnell Kembali Membunuh Dalam Teaser Terbaharu

Farah

Senarai Pilihan Prime Video September 2026: 7 Filem Dan Siri Menarik Untuk Ditonton

Karim Khan

Netflix Bakal Tampilkan Filem Thriller Thailand ‘The Debt Collector’

Karim Khan

Teaser Star Wars: Ahsoka Musim 2 Telah Dilancarkan, Tayangan Januari 2027

Karim Khan

Poster Pertama Siri Harry Potter Didedahkan, Paparkan Istana Hogwarts Melalui Kaca Mata Harry

Karim Khan

Lanterns Raih 9.3 Juta Tontonan, Rekod Pembukaan Terbesar Bagi Siri DC Studios

Karim Khan

Leave a Comment