
Mike Flanagan kembali dengan sebuah lagi filem seram menerusi The Exorcist: Martyrs, yang kini memperlihatkan trailer pertamanya menjelang tayangan di pawagam pada 12 Mac 2027.
Filem terbaharu dalam francais The Exorcist ini menampilkan pendekatan berbeza berbanding filem asal yang diterbitkan pada 1973, dengan memberi tumpuan kepada siri pembunuhan misteri yang mempunyai kaitan dengan unsur kerasukan iblis.
Berdasarkan trailer, The Exorcist: Martyrs mengikuti seorang anggota polis lakonan Scarlett Johansson yang menyiasat beberapa kes pembunuhan berunsurkan ritual di New York. Bagaimanapun, siasatannya membawa kepada penemuan hubungan antara pembunuhan tersebut dengan kejadian kerasukan iblis.
Menariknya, trailer ini tidak memperlihatkan elemen yang sinonim dengan filem asal, termasuk kanak-kanak yang dirasuk atau penggunaan muzik tema ikonik Tubular Bells.
Sebaliknya, pendekatan penceritaannya dilihat lebih menjurus kepada gabungan seram supernatural dan thriller jenayah, dengan persamaan kepada filem seperti Se7en dan The Silence of the Lambs.
Menurut Nerdist, pendekatan tersebut juga mempunyai persamaan dengan The Exorcist III, yang turut menggabungkan penyiasatan pembunuhan dengan elemen supernatural.
Selain Johansson, filem ini turut dibintangi Diane Lane, Chiwetel Ejiofor, Scoot McNairy, Laurence Fishburne dan John Leguizamo.
The Exorcist: Martyrs merupakan projek terbaharu Flanagan selepas menghasilkan beberapa karya seram, termasuk pembikinan semula Carrie.
Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 12 Mac 2027.
Anda boleh tonton trailer dibawah:
