Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Jane Levy Dan Jessica Rothe Berdepan Pembunuh Misteri Dalam Filem Seram River

Blumhouse dan Atomic Monster telah melancarkan trailer rasmi filem seram slasher terbaharu mereka, River, yang menampilkan Jane Levy (Evil Dead) dan Jessica Rothe (Happy Death Day) sebagai pelakon utama.

Diarahkan oleh Joshua Giuliano, filem ini mengetengahkan kisah survival seram yang menyaksikan tiga beradik terpaksa berdepan seorang pembunuh misteri ketika berada di kawasan sungai terpencil.

River mengisahkan tiga beradik yang telah lama membawa haluan masing-masing sebelum bertemu semula untuk menaburkan abu mendiang bapa mereka di sebatang sungai yang jauh dari kawasan penempatan.

Bagaimanapun, pertemuan keluarga itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka menyedari sedang diburu oleh seorang pembunuh tanpa wajah yang muncul dari dalam hutan.

Terperangkap jauh dari kawasan yang boleh mendapatkan bantuan, tanpa sebarang liputan telefon, ketiga-tiga beradik itu terpaksa mengetepikan perselisihan lama dan bekerjasama untuk menyelamatkan diri daripada ancaman pembunuh kejam tersebut.

Selain Levy dan Rothe, filem ini turut dibintangi Max Mattern (Devil in Disguise: John Wayne Gacy) dan Dane DiLiegro (Prey).

River merupakan filem cereka sulung Giuliano sebagai penulis dan pengarah. Filem ini juga telah menerima ulasan positif selepas ditayangkan di festival filem, termasuk pujian terhadap ketegangan, barisan pelakon dan penggunaan lokasi sebagai elemen penting dalam penceritaannya.

Filem ini turut menerima klasifikasi R di Amerika Syarikat kerana memaparkan keganasan berdarah yang kuat, beberapa imej mengerikan serta penggunaan bahasa kasar.

River dijadualkan ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat pada 15 Januari 2027, manakala tarikh tayangan di Malaysia masih belum disahkan.

Sumber: Bloody Disgusting

Related posts

Gareth Edwards Tidak Akan Mengarahkan Filem Baharu Jurassic World

Karim Khan

Arnold Vosloo Kembali Sebagai Imhotep Dalam The Mummy: Book of the Dead

Karim Khan

Brendan Fraser Dan Rachel Weisz Kembali Bersama, Foto Set Penggambaran The Mummy 4 Didedahkan

Karim Khan

Trailer Kedua Avengers: Doomsday Memaparkan Pertembungan Diantara X-Men, Avengers Dan Tentera Doctor Doom

Karim Khan

Bintang Obsession Michael Johnston Bakal Sertai Barisan Pelakon The Mummy 4

Karim Khan

Kokuho, Filem Pemenang Anugerah Dari Jepun Bakal Ditayangkan Di Pawagam Malaysia Julai Ini

Karim Khan

Leave a Comment