Kakimuvee
BeritaHorror

Bintang Obsession Michael Johnston Bakal Sertai Barisan Pelakon The Mummy 4

Michael Johnston Bakal Sertai Barisan Pelakon The Mummy 4

Francais The Mummy bakal kembali dengan filem keempat yang menyaksikan Brendan Fraser mengulangi watak ikoniknya sebagai Rick O’Connell.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, pelakon Michael Johnston (Obsession) kini berada dalam peringkat awal rundingan untuk menyertai barisan pelakon filem tersebut. The Mummy 4 dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 15 Oktober 2027 menerusi Universal Pictures.

Selain Brendan Fraser, Rachel Weisz dan John Hannah turut kembali membawa watak masing-masing sebagai Evelyn O’Connell dan Jonathan Carnahan.

Filem ini diarahkan oleh duo Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett, yang dikenali menerusi Ready or Not serta Scream (2022) dan Scream VI. Skrip pula ditulis oleh David Coggeshall, penulis di sebalik Orphan: First Kill.

Buat masa ini, jalan cerita masih dirahsiakan. Namun, laporan menyatakan sekuel baharu ini dijangka mengabaikan peristiwa dalam The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (2008), filem ketiga yang tidak menampilkan Rachel Weisz sebagai Evelyn O’Connell.

Dalam satu kenyataan ringkas, Tyler Gillett menggambarkan filem itu sebagai “indah, menyeramkan dan berskala epik.” Sementara itu, Matt Bettinelli-Olpin berkata filem tersebut akan mengekalkan elemen emosi serta kekuatan karakter yang menjadi identiti utama francais The Mummy.

The Mummy yang ditayangkan pada tahun 1999 merupakan versi baharu kepada filem raksasa klasik Universal dengan pendekatan aksi dan pengembaraan.

Filem itu berjaya meraih kutipan lebih AS$417 juta di seluruh dunia, sebelum diteruskan dengan The Mummy Returns (2001) dan The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor (2008).

Sekiranya rundingan dimuktamadkan, Michael Johnston bakal menyertai barisan pelakon utama dalam usaha menghidupkan semula salah satu francais aksi-pengembaraan paling popular era 1990-an dan 2000-an.

Sumber: The Hollywood Reporter

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Jailer 2 Raih Kutipan Global US$31.2 Juta, Hanya Di Belakang Street Fighter

Karim Khan

Filem Crossover Transformers & G.I. Joe Tidak Lagi Dalam Pembangunan

Karim Khan

Hivemind: Samara Weaving Dan Nicholas Braun Bintangi Filem Thriller Yang Berkisarkan Tebuan Pembunuh

Karim Khan

LPF Haramkan Tayangan Primetime Di Malaysia

Karim Khan

Treler ‘Your Mother Your Mother Your Mother’ Tampil Mahershala Ali Sebagai Pembunuh Upahan

Karim Khan

IT: Welcome to Derry Musim 2 Bakal Tampilkan Pennywise Yang Belum Pernah Dilihat Sebelum Ini

Karim Khan

Leave a Comment