
Netflix bakal menyajikan pelbagai pilihan drama Korea menarik sepanjang Ogos 2026, daripada kisah romantik yang menyentuh hati sehinggalah thriller jenayah yang penuh misteri.
Antara judul yang paling mencuri perhatian ialah Our Sticky Love lakonan Jung Hae In dan Ha Young, dan Mousetrap, adaptasi webtoon popular yang dinanti-nantikan peminat.
Selain dua drama baharu itu, penonton juga boleh mengikuti drama mingguan The Apartment Job dan Spooky in Loveyang masih bersiaran sepanjang bulan ini.
1. Our Sticky Love
- Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2026
- Jumlah Episod:12
- Genre: Komedi, Romantik
- Pelakon: Jung Hae In, Ha Young, Heo Sung Tae, Kim Young Ok, Jeon Bae Soo
Jung Hae In kembali menerajui drama romantik menerusi Our Sticky Love, yang mengisahkan Go Eun-sae, seorang pendakwa raya yang hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila seorang jurulatih tinju bernama Jang Tae-ha muncul di sisinya dan mendakwa dirinya ialah teman lelaki Eun-sae. Tanpa sebarang memori tentang masa lalu, Eun-sae terpaksa bergantung kepada lelaki misteri itu, sekali gus membuka lembaran baharu yang dipenuhi cinta, komedi dan pelbagai kejutan.
Drama ini turut menjadi antara naskhah romantik Netflix yang paling dinantikan pada tahun ini berkat gandingan antara Jung Hae In dan Ha Young.
2. Mousetrap

- Tarikh Tayangan: Dijangka 18 Ogos 2026
- Jumlah Episdo:TBA
- Genre: Jenayah, Thriller
- Pelakon: Ryu Jun Yeol, Sul Kyung Gu
Bagi peminat jenayah thriller, Mousetrap merupakan antara drama yang tidak harus dilepaskan.
Diadaptasi daripada webtoon popular karya Ludvico, drama ini mengisahkan Moon Jae, seorang penulis yang tiba-tiba kehilangan identitinya apabila telefon bimbitnya tidak lagi mengenali cap jarinya, manakala semua orang di sekeliling seolah-olah melupakannya.
Lebih mengejutkan, seorang individu misteri yang dikenali sebagai “Rat” telah mengambil alih nama, identiti dan seluruh kehidupannya. Moon Jae kemudiannya memulakan misi berbahaya untuk merampas semula kehidupannya dalam permainan psikologi yang penuh debaran.
3. The Apartment Job
- Episod Baharu: Setiap Sabtu & Ahad
- Jumlah Episod:12
- Episod Finale: 16 Ogos 2026
- Genre: Komedi, Jenayah, Thriller
- Pelakon: Ji Sung, Ha Yoon Kyoung, Moon So Ri, Park Byung Eun
Drama terbitan JTBC ini mengisahkan bekas gangster Hae Gang yang bertanding sebagai presiden persatuan penduduk sebuah apartmen demi mendapatkan wang tersembunyi di bangunan tersebut.
Namun, misinya berubah apabila dia secara tidak sengaja membongkar rangkaian rasuah yang berlaku dalam kawasan kediaman itu, sekali gus menjadikannya wira yang tidak disangka-sangka.
4. Spooky in Love
- Episod Baharu: Setiap Sabtu & Ahad
- Jumlah Episod:12
- Genre: Fantasi, Seram, Romantik, komedi
- Pelakon: Park Eun Bin, Yang Se Jong, Ong Seong Wi, Jo Hye Joo, Kim Do Wan
Selepas kejayaan The WONDERfools, Park Eun Bin kembali menerusi drama fantasi romantik Spooky in Love.
Drama ini mengisahkan pewaris sebuah hotel yang mempunyai kebolehan melihat roh-roh berkeliaran. Dia kemudian bekerjasama dengan seorang pendakwa raya untuk menyiasat kes-kes pembunuhan yang belum selesai, sambil berdepan gangguan makhluk halus dan pelbagai rahsia gelap.
Antara drama Korea di atas, yang mana paling anda nantikan untuk ditonton di Netflix sepanjang Ogos 2026?
Sumber: What’s on Netflix.
