Kakimuvee
Asian

‘Agent Kim Reactivated’ Dinobat Drama Korea Paling Popular Julai 2026

Drama aksi Agent Kim Reactivated terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara drama Korea paling hangat ketika ini apabila menduduki tangga teratas dalam Ranking Reputasi Jenama Drama bagi Julai 2026 yang diumumkan oleh Korean Business Research Institute.

Penarafan tersebut dibuat berdasarkan analisis data besar yang dikumpulkan dari 9 Jun hingga 9 Julai, melibatkan 21 drama popular. Antara aspek yang dinilai termasuk penyertaan pengguna, liputan media, interaksi, kesedaran komuniti serta indeks tontonan.

Agent Kim Reactivated merekodkan indeks reputasi jenama sebanyak 10,334,054, sekali gus mengatasi semua drama lain bulan ini. Kata kunci yang paling banyak dikaitkan dengan drama tersebut ialah So Ji Sub, Yoon Kyung Ho dan rating tontonan, manakala analisis sentimen menunjukkan 94.79 peratus reaksi positif daripada penonton.

Di tempat kedua ialah My Royal Nemesis dengan indeks 7,851,200, diikuti Reborn Rookie (7,238,485), Teach You a Lesson (7,119,086) dan Recipe for Love (6,685,595).

10 Drama Korea Paling Popular Julai 2026

  1. Agent Kim Reactivated
  2. My Royal Nemesis
  3. Reborn Rookie
  4. Teach You a Lesson
  5. Recipe for Love
  6. Our Happy Days
  7. First Man
  8. Doctor on the Edge
  9. The Legend of Kitchen Soldier
  10. See You at Work Tomorrow!

Kejayaan Agent Kim Reactivated mengukuhkan lagi momentum drama tersebut yang sebelum ini turut mencatat prestasi memberangsangkan dari segi rating tontonan, sekali gus membuktikan ia kekal menjadi antara naskhah Korea paling mendapat perhatian penonton ketika ini.

Sumber: Soompi

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

HOPE Raih Lebih 3 Juta Penonton, Kekal Kuasai Pawagam Korea

Farah

Filem 402 Rumah Sakit Angker Korea: Sinopsis, Barisan Pelakon dan Tarikh Tayangan Malaysia

Karim Khan

Poster Watak Hope Dedahkan Petunjuk Misteri Makhluk Aneh

Farah

Poster Baharu Hope Perlihatkan Raksasa Ganas Dalam Filem Arahan Na Hong-jin

Karim Khan

Trailer Henry’s First Dates Dilancarkan, Tayang Di Malaysia 22 Oktober

Farah

Drama Baharu So Ji Sub Catat Rekod Rating Tertinggi SBS Pada 2026

Karim Khan

Leave a Comment