Kakimuvee
Asian

Filem Terbaru Stephen Chow, “Kung Fu Soccer,’ Raih Lebih RM65 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

Filem terbaharu arahan dan tulisan pengarah terkenal Hong Kong, Stephen Chow, berjudul Kung Fu Soccer memulakan tayangan rasmi di pawagam China pada Sabtu dengan prestasi memberangsangkan apabila berjaya mengutip lebih 100 juta yuan (kira-kira RM65 juta) pada hari pertama tayangan.

Berdasarkan data daripada platform penjejakan kutipan pecah panggung Maoyan, filem komedi sukan itu menerima sambutan hangat daripada penonton, sekali gus membuktikan nama Stephen Chow masih mempunyai pengaruh besar dalam industri perfileman.

Bersempena tayangan perdananya, sebuah poster baharu turut diperkenalkan yang memaparkan pasukan bola sepak wanita sebagai fokus utama.

Menariknya, setiap watak digambarkan memegang pelbagai senjata, memberikan bayangan bahawa filem ini mengekalkan identiti Stephen Chow yang menggabungkan elemen komedi, aksi dan seni mempertahankan diri.

Kung Fu Soccer menampilkan pendekatan unik dengan menggabungkan bola sepak moden bersama seni bela diri tradisional China. Setiap hantaran, terjahan dan rembatan di atas padang diterjemahkan sebagai koreografi aksi kung fu yang penuh bertenaga, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza berbanding filem sukan konvensional.

Di sebalik aksi yang menghiburkan, filem ini turut mengetengahkan kisah sekumpulan pemain bola sepak wanita yang berdepan pelbagai cabaran termasuk kegagalan, tekanan dan krisis keyakinan diri.

Dengan semangat berpasukan, ketabahan dan keazaman yang tinggi, mereka bangkit daripada status pasukan bukan pilihan kepada pencabar yang disegani, menjadikan perjalanan mereka sebagai nadi emosi utama filem ini.

Dengan gabungan aksi kung fu, komedi serta inspirasi sukan, Kung Fu Soccer dilihat berpotensi menjadi antara filem Asia paling mencuri perhatian tahun ini.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

WOODZ Sertai Barisan Pelakon Filem Aksi Sejarah Nambeol

Farah

Between Steps, Drama Korea Baharu Choo Youngwoo Dan Kim Sohyun Tayang Oktober Ini Di Disney+

Karim Khan

Dilan ITB 1997: Sinopsis, Barisan Pelakon, Tarikh Tayangan Di Malaysia

Karim Khan

The Remarried Empress Tayang 4 November Secara Eksklusif Di Disney+

Farah

Agent Kim Reactivated Dalam Perbincangan Untuk Musim Kedua

Farah

Kung Fu Soccer Stephen Chow Dikecam Susulan Gambaran Pasukan Bola Sepak Wanita Korea

Farah

Leave a Comment