Kakimuvee
BeritaHorror

Filem Baharu ‘A Nightmare on Elm Street’ Kini Dalam Pembangunan

Gambar: The Hollywood Reporter

Peminat filem seram diminta bersedia untuk kembali berdepan mimpi ngeri apabila francais ikonik A Nightmare on Elm Street bakal menerima sebuah filem baharu.

Paramount Pictures dilaporkan telah memperoleh hak pengedaran di Amerika Syarikat bagi skrip asal A Nightmare on Elm Street, filem klasik arahan Wes Craven yang memperkenalkan watak pembunuh legenda, Freddy Krueger. Filem baharu itu akan diterbitkan di bawah label genre baharu studio, Paramount Primal.

Hak tersebut dilesenkan daripada harta intelek milik keluarga Wes Craven, termasuk balunya, Iya Labunka, dan anaknya, Jonathan Craven. Kedua-duanya akan bertindak sebagai penerbit bersama Marc Toberoff, manakala J.D. Lifshitz dan Raphael Margules akan menjadi penerbit eksekutif.

Menurut Iya Labunka, mereka teruja untuk memperkenalkan dunia A Nightmare on Elm Street kepada generasi baharu peminat seram. Beliau percaya Wes Craven sendiri pasti gembira melihat genre seram kini semakin mendapat pengiktirafan dalam industri perfileman.

Buat masa ini, Paramount masih belum mendedahkan jalan cerita filem tersebut. Namun, projek itu disahkan akan berlatarbelakangkan dunia A Nightmare on Elm Street dan berasaskan skrip asal karya Wes Craven.

Filem asal yang ditayangkan pada tahun 1984 mengisahkan Freddy Krueger, seorang pembunuh kanak-kanak yang kembali menghantui mangsanya melalui mimpi selepas dibunuh oleh penduduk setempat.

Watak itu kemudiannya menjadi antara ikon seram paling terkenal sepanjang zaman, dengan tujuh sekuel, sebuah siri televisyen, komik serta reboot yang diterbitkan pada tahun 2010.

Walaupun Paramount kini memegang hak filem ini untuk pasaran Amerika Syarikat, New Line Cinema masih mengekalkan hak pengedaran antarabangsa bagi francais tersebut.

Sumber: The Hollywood Reporter

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Solo Leveling: Beyond the System Diumumkan, Sambung Kisah Sung Jinwoo

Karim Khan

Khong-Khaek 2 Bakal Menghantui Pawagam Malaysia 24 September Ini

Farah

‘Kung Fu Soccer’ Sah Dapat Pengedar Antarabangsa, Sekuel ‘Shaolin Soccer’ Bakal Tiba Selepas 25 Tahun

Karim Khan

Tonton Trailer ‘Water Park Shark’, Pengarah Sharknado Kembali Dengan Filem Jerung Terbaru

Karim Khan

Netflix Bakal Tampilkan Filem Thriller Thailand ‘The Debt Collector’

Karim Khan

Reboot The X-Files Selesai Jalani Penggambaran Episod Perintis

Karim Khan

Leave a Comment