Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Adria Arjona Kritik Pelakon ‘Method Acting’, Peminat Syak Jared Leto

Adria Arjona Morbius

Bintang Morbius, Adria Arjona, berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika bekerja dengan seorang pelakon yang mengamalkan kaedah method acting, namun enggan mendedahkan identiti individu tersebut.

Dalam satu temu bual ketika mengimbas kembali pengalamannya menerusi beberapa projek seperti Andor, Hit Man dan filem terbaharunya, Onslaught, Arjona menceritakan tentang seorang rakan pelakon yang menurutnya menunjukkan tingkah laku luar biasa ketika berada di set.

Walaupun Arjona tidak menyebut nama atau jantina pelakon berkenaan, komen tersebut segera mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat. Ada yang percaya individu tersebut mungkin Jared Leto, yang pernah bergandingan dengan Arjona dalam filem Marvel Sony, Morbius.

“Cukup-cukuplah saya dengan seorang pelakon yang membuatkan saya terfikir, ‘Ya Tuhan,’” kata Arjona.

Menurutnya, pengalaman tersebut bukan semata-mata berkaitan method acting, tetapi lebih kepada apa yang dilihatnya sebagai tindakan yang didorong oleh ego.

“Pada saya, itu lebih kepada ego. Saya sampai tertanya-tanya, ‘Macam mana dia boleh buat macam tu dan masih terlepas?’ Saya pun tak faham. Kalau saya buat perkara yang sama, mungkin saya dah tak dapat kerja lagi.”

Arjona mengakui bahawa walaupun tingkah laku pelakon tersebut membuatkannya terkejut, dan pada masa sama tertarik untuk memahami sebab di sebalik tindakannya.

“Saya memang terkejut dengan cara dia berkelakuan, tapi dalam masa yang sama saya kagum juga. Saya tertanya-tanya, ‘Macam mana dia boleh fikir perkara macam ini boleh diterima?’ Saya benar-benar nak faham apa yang ada dalam fikirannya.”

Lebih menarik, Arjona berkata dia turut menonton temu bual pelakon tersebut untuk cuba memahami perbezaan antara personalitinya di khalayak umum dengan tingkah lakunya di set.

“Saya pernah menonton temu bualnya dan terfikir, ‘Ya Tuhan, baiknya dia. Dia memang seorang pelakon yang hebat.’ Sebab itu saya rasa menarik melihat bagaimana seseorang boleh berkelakuan begitu berbeza di sebalik tabir.”

Artikel Berkaitan:  Gaji Tom Holland Dalam Spider-Man: Brand New Day Dilapor Cecah AS$20 Juta

Arjona kemudian mengkritik bagaimana method acting kadangkala digunakan sebagai alasan untuk seseorang berkelakuan buruk di set.

“Boleh kita batalkan method acting? Sebab ada ramai orang yang bersikap seperti orang bodoh di dalamnya. Kemudian mereka hanya berkata, ‘Saya pelakon method,’ dan sebagainya. Saya tidak percaya. Awak tidak boleh berkelakuan seperti ini.”

Dia turut memberikan pandangan mengenai perbezaan layanan terhadap pelakon lelaki dan wanita dalam industri.

“Saya rasa kita jarang dengar pelakon wanita menggunakan alasan method acting untuk berkelakuan seperti itu. Biasanya lelaki yang buat perkara sebegini, kerana kami sebagai wanita mungkin tidak akan diberi peluang kedua. Kalau kami berkelakuan begitu, mungkin kami tidak akan mendapat pekerjaan lagi.”

Walaupun Arjona tidak pernah mengesahkan identiti pelakon yang dimaksudkannya, peminat mengaitkan kenyataan tersebut dengan Jared Leto kerana kedua-dua mereka pernah bekerjasama dalam Morbius.

Jared Leto sebelum ini memang pernah mencuri perhatian kerana pendekatannya yang sangat mendalam terhadap sesuatu watak. Ketika penggambaran Morbius, dia dilaporkan mengambil masa yang agak lama untuk ke tandas kerana tetap menggunakan tongkat dan berjalan perlahan bagi mengekalkan karakter yang dilakonkannya.

Namun begitu, tiada pengesahan daripada Arjona bahawa Leto merupakan pelakon yang dimaksudkan dalam temu bual terbaharunya itu.

Anda boleh tonton video temubual dibawah:

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Lady Gaga Dikhabarkan Bakal Bawa Watak Dazzler Dalam Filem X-Men

Karim Khan

James Gunn Beri Kemas Kini Siri Animasi Blue Beetle, 10 Projek Animasi DC Sedang Dibangunkan

Karim Khan

Sadie Sink Dedah Perkembangan Penggambaran X-Men, Masih Tak Tahu Siapa Bakal Jadi Cyclops

Karim Khan

Disney+ Senaraikan 15 Tontonan Penting Sebelum Avengers: Doomsday

Karim Khan

Gambar Belakang Tabir The Batman: Part II Dedah Batmobile Rosak Dan Sut Baharu Batman

Karim Khan

Cody Rhodes Kongsi Story IG Dengan Lagu Tema X-Men ’97, Bakal Sertai Filem X-Men?

Karim Khan

Leave a Comment