Kakimuvee
Berita

Avengers: Doomsday: Robert Downey Jr., Chris Evans dan Chris Hemsworth Sampaikan Mesej Kepada Peminat

Marvel Studios terus menghangatkan penantian peminat menjelang tayangan Avengers: Doomsday apabila melancarkan sebuah video baharu yang menampilkan tiga bintang utama Marvel Cinematic Universe (MCU), iaitu Robert Downey Jr., Chris Evans dan Chris Hemsworth.

Dalam video tersebut, ketiga-tiga pelakon menyampaikan mesej khas kepada peminat sambil mengusik bahawa Avengers: Doomsday bakal menjadi antara filem Marvel paling epik pernah dihasilkan.

Kemunculan mereka bersama turut menjadi simbolik memandangkan ketiga-tiganya merupakan wajah yang banyak membentuk kejayaan MCU sejak lebih sedekad lalu.

Walaupun kandungan video tidak mendedahkan sebarang babak baharu daripada filem itu, ia berjaya mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam kalangan peminat yang tidak sabar menantikan pertemuan semula watak-watak ikonik MCU di layar perak.

Avengers: Doomsday merupakan filem kelima dalam siri utama Avengers dan diarahkan oleh Anthony Russo serta Joe Russo, yang sebelum ini mengarahkan Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame.

Skrip filem ini ditulis oleh Stephen McFeely dan Michael Waldron, manakala penerbitnya ialah Kevin Feige, Anthony Russo dan Joe Russo.

Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 18 Disember 2026. Antara pelakon yang disahkan membintangi filem ini ialah Robert Downey Jr. sebagai Doctor Doom, Chris Hemsworth sebagai Thor, Chris Evans sebagai Steve Rogers, selain barisan pelakon daripada Avengers, Fantastic Four dan X-Men.

Menurut sinopsis rasmi, filem ini akan menyaksikan kumpulan wira daripada beberapa alam semesta bergabung bagi menghadapi ancaman besar yang dibawa oleh Doctor Doom, sekali gus menjadi permulaan kepada kisah yang akan diteruskan dalam Avengers: Secret Wars.

Anda boleh tonton video tersebut dibawah:

Related posts

Russo Brothers Rancang Satu Lagi Filem Avengers Selepas Secret Wars?

Karim Khan

DISNEY PERNAH CUBA MEMILIKI FRANCAIS JAMES BOND SEBELUM AKHIRNYA DIMILIKI AMAZON

Karim Khan

Warner Bros. Bakal Hidupkan Semula ‘The Mist’, Mike Flanagan Sah Kembali Adaptasi Karya Stephen King

Karim Khan

Inde Navarrette Mahu Bawa Watak Mystique Ke MCU, Akui Sudah Bertemu Pengarah X-Men

Karim Khan

Jennifer Lawrence Bintangi Filem Sci-Fi Arahan Zach Cregger, The Flood

Karim Khan

Trailer Pertama Jumanji: Open World, Watak Permainan Kini Menyerang Dunia Sebenar

Karim Khan

Leave a Comment