Kakimuvee
Berita

Warner Bros. Bakal Hidupkan Semula ‘The Mist’, Mike Flanagan Sah Kembali Adaptasi Karya Stephen King

Sumber gambar: Deadline

Kerjasama ikonik antara pengarah prolifik Mike Flanagan dan novelis seram legenda Stephen King bakal bertaut kembali. Kali ini, Warner Bros. secara rasmi mengumumkan naskhah seram klasik tahun 1980, The Mist, akan menerima adaptasi filem baharu di bawah sentuhan Flanagan.

Mike Flanagan, yang terkenal dengan hasil kerja teliti dalam genre seram, bukan sahaja akan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, malah turut bertindak sebagai penulis skrip. Beliau bakal menerbitkan filem ini melalui syarikat produksinya, Red Room, dengan kerjasama Tyler Thompson serta Gary Barber dan Chris Stone daripada Spyglass.

The Mist mengisahkan tentang sebuah pekan kecil di Maine yang tiba-tiba diselubungi kabus tebal misteri yang menyembunyikan makhluk mengerikan. Cerita ini memfokuskan kepada sekumpulan mangsa yang berlindung di sebuah kedai runcit, di mana keadaan menjadi kucar-kacir apabila ketakutan mula mengubah sifat manusia menjadi lebih berbahaya berbanding ancaman di luar.

Ini bukanlah kali pertama Flanagan mengadaptasi karya King. Sebelum ini, beliau telah membuktikan kehebatannya menerusi filem Gerald’s Game, sekuel The Shining iaitu Doctor Sleep, serta Life of Chuck. Malah, beliau kini sedang dalam proses membangunkan siri mini Carrie untuk Prime Video.

Untuk rekod, The Mist sebelum ini pernah diangkat ke layar perak pada tahun 2007 dan dijadikan siri televisyen pada tahun 2017. Namun, penyertaan Flanagan dalam projek terbaharu ini memberikan sinar baharu buat peminat setia Stephen King yang mengharapkan garapan yang lebih setia kepada naskhah asal dan penuh emosi.

Sumber: Deadline

Artikel Berkaitan:  Andy Muschietti Dedah Musim Kedua ‘It: Welcome to Derry’ Tampilkan Suasana Pekan Derry Paling Gelap

Related posts

Alan Ritchson Akui Fast Forever Berdepan Cabaran Besar, Kos Produksi Terlalu Tinggi

Karim Khan

Avengers: Doomsday Catat Jualan Tiket Luar Biasa, Mendahului Spider-Man: Brand New Day

Karim Khan

Gareth Edwards Tidak Akan Mengarahkan Filem Baharu Jurassic World

Karim Khan

Russo Brothers Rancang Satu Lagi Filem Avengers Selepas Secret Wars?

Karim Khan

Warner Bros. Bakal Hasilkan Filem Reboot ‘Free Willy’, Russo Brothers Jadi Penerbit

Karim Khan

Taylor Sheridan Sudah Siapkan Skrip Sicario 3 Dan Filem Call of Duty

Karim Khan

Leave a Comment