Kakimuvee
Berita Lokal

Bas Malam Lancar Teaser Poster Rasmi Menjelang Tayangan Oktober 2026

Bas Malam: The First Ride

Lapan Pagi Film bersama penulis Zura Anwar hari ini berkongsi teaser poster rasmi filem seram tempatan Bas Malam menerusi akaun media sosial masing-masing, sekali gus memulakan kempen promosi menjelang tayangan filem itu di pawagam pada Oktober 2026.

Teaser poster tersebut menampilkan slogan “Satu bas, seribu misteri” serta mengesahkan tayangan Bas Malam di pawagam pada Oktober ini.

Bas Malam diarahkan dan ditulis oleh Zura Anwar dan Shera Anwar. Filem ini diterbitkan menerusi kerjasama Lapan Pagi Film, 10Star Cinemas dan Dbay Film Factory.

Menurut sinopsis rasmi, Bas Malam mengisahkan sebuah bas ekspres (Bas Berhenti-Henti Isuzu laluan Kota Kinabalu -Tawau) yang tiba-tiba terkandas di sebuah jalan sunyi pada waktu malam.

Di dalam bas itu terdapat enam orang penumpang yang berkongsi satu rahsia besar. Apabila malam semakin larut dan suasana kian gelap, pelbagai kejadian misteri, mendebarkan serta menyeramkan mula menghantui mereka. Setiap penumpang terpaksa berdepan ketakutan yang sukar dibayangkan, sementara rahsia hitam yang selama ini disembunyikan sedikit demi sedikit mula terbongkar.

Filem ini menampilkan Beto Kusyairy, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Fikree Bakar dan Adam Shamil sebagai barisan pelakon utama.

Setakat ini, teaser poster merupakan bahan promosi rasmi pertama yang didedahkan kepada umum. Maklumat lanjut termasuk treler rasmi serta tarikh tayangan penuh dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat menjelang tayangan Bas Malam pada Oktober 2026.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Tikus! Tawar Misteri Pembunuhan Dalam Program Healing Di Sebuah Resort

Karim Khan

Tiket Filem Tempatan Dikecualikan Duti Hiburan Di Wilayah Persekutuan

Karim Khan

Rosyam Nor Anggap Kecaman Terhadap Watak Firzan Bukti Lakonannya Berjaya

Karim Khan

CMCF Gesa Pengguna Berhati-hati Kongsi Klip Kandungan 18+ Di Media Sosial

Karim Khan

Papa Zola The Movie Kukuhkan Dominasi Serantau dengan 4.4 Juta Penonton dan RM68.2 Juta Kutipan

Karim Khan

Trailer Rasmi Baga: Esok Untuk Siapa Telah Dilancarkan, Tontonnya Disini

Karim Khan

Leave a Comment