Kakimuvee
Berita Lokal

Erma Fatima Seru Masyarakat Buka Mata Isu Tunggang Agama

Erma Fatima

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima, menyeru masyarakat supaya lebih peka terhadap isu penyalahgunaan agama, khususnya apabila perkara tersebut berlaku di sekeliling mereka.

Menurut Erma, karya-karya yang dihasilkannya sebelum ini bukan sekadar untuk hiburan, sebaliknya bertujuan membuka mata masyarakat mengenai individu yang mempergunakan agama demi kepentingan tertentu.

Luahan tersebut dikongsikan Erma menerusi ruangan komen pada hantaran penyanyi rap Caprice yang memaparkan dakwaan seorang ibu mengenai anaknya yang menjadi mangsa amang seksual fizikal di sebuah pusat tahfiz di Selangor.

Menjawab hantaran berkenaan, Erma berkata dia pernah menerima kritikan apabila menghasilkan karya yang menyentuh isu sama, sedangkan tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Bila aku buat cerita ini untuk awareness (kesedaran), korang meroyan. See (tengoklah).. tolonglah bangkit. Selamatkan agama kita daripada ditunggang sewenangnya,” katanya.

Erma sebelum ini menerbitkan beberapa karya yang mengangkat isu penyalahgunaan agama, termasuk drama Bidaah, Keluarga Itu dan Walid. Karya-karya tersebut mengetengahkan pelbagai bentuk konflik berkaitan individu yang menggunakan agama untuk kepentingan tertentu.

Komen Erma itu turut mendapat sokongan pelakon Yana Samsudin yang menggesa pengarah berkenaan supaya terus menghasilkan karya yang mampu meningkatkan kesedaran masyarakat.

“Buat lagi Mama (Erma). Tambah lagi awareness (kesedaran). Sedih hati dan geramnya. Apa bendalah tak cukup bukti, tak cukup saksi. Kurang ajar betul. Semoga ibu ini dan anaknya tabah. Mesti trauma,” komen Yana.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial yang memberikan komen pada hantaran berkenaan turut menyokong usaha Erma untuk terus mengetengahkan isu-isu sosial menerusi karya kreatif.

Isu tersebut kembali mendapat perhatian selepas Caprice berkongsi video seorang ibu yang mendakwa anaknya menjadi mangsa amang seksual fizikal di sebuah pusat tahfiz di Selangor. Dalam hantaran sama, beliau turut menyeru individu lain yang mungkin menjadi mangsa untuk tampil ke hadapan.

Sumber: Berita Harian

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Trailer Rasmi Baga: Esok Untuk Siapa Telah Dilancarkan, Tontonnya Disini

Karim Khan

Cela: Nabila Huda Dan Hun Haqeem Bergandingan Dalam Drama Viu Original

Farah

Pemuja Syaitan: Filem Seram Sulung Liyana Jasmay Bakal Menghantui Pawagam 15 Oktober Ini

Karim Khan

Papa Zola The Movie Umum Barisan Pelakon Suara Korea Selatan

Karim Khan

Gerak Khas 2.0 Tampil Lebih Besar, Yusof Haslam Tegaskan Kejayaan Kerana Sokongan Penonton

Karim Khan

FINAS Mahu Industri Filem Tempatan Contohi Pengurusan Produksi Hollywood

Karim Khan

Leave a Comment