Kakimuvee
Berita LokalOfficial Trailer

Bas Malam Lancar Teaser Rasmi, Ketengahkan Misteri Enam Orang Dan Satu Rahsia

Bas Malam: The First Ride

Teaser rasmi Bas Malam telah dilancarkan oleh 10Star Cinemas, menjelang tayangan filem tersebut di pawagam. Dengan slogan “6 orang, 1 rahsia”, promosi terbaharunya memperkenalkan perjalanan malam yang bertukar menjadi misteri yang penuh tanda tanya.

Filem ini mengisahkan sebuah bas laluan Kota Kinabalu–Tawau yang terkandas di jalan sunyi pada waktu malam. Enam penumpangnya berkongsi satu rahsia besar, sementara kejadian misteri yang berlaku memaksa mereka berdepan ketakutan dan rahsia yang selama ini disembunyikan.

Bas Malam ditulis dan diarahkan oleh Shera Anwar serta Zura Anwar. Barisan pelakonnya termasuk Fikhree Bakar, Beto Kusyairy, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Adam Shamil dan Amy Dangin.

Filem tersebut diterbitkan oleh DBAY Film Factory dan 8 Pagi Film dengan kerjasama 10Star Cinemas.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Trailer Baharu Focker In-Law Satukan Kembali Ben Stiller Dan Robert De Niro

Farah

[VIDEO] Russo Brothers Dedah Sebab Jangan ‘Skip’ Avengers: Endgame: Encore

Karim Khan

Takashi Miike Kembali Dengan Bad Lieutenant: Tokyo, Bakal Tayang Di Festival TIFF September Ini

Karim Khan

Filem Polong Akan Kembali Ke Pawagam Dengan Versi Director Cut Yang Lebih Mengerikan

Karim Khan

Godzilla Minus Zero Sah Tayang Di Pawagam Malaysia Pada 5 November 2026

Farah

Filem Seram Psikologi ‘The Eyes’ Lakonan Shin Min-ah, Akan Tayang Di Pawagam Malaysia 23 Julai Ini

Karim Khan

Leave a Comment