Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Hayley Atwell Tetapkan Satu Syarat Untuk Kembali Sebagai Peggy Carter Selepas Avengers: Doomsday

Steve Rogers dan Peggy Carter

Hayley Atwell tidak menafikan kemungkinan untuk terus memainkan watak Peggy Carter dalam MCU selepas Avengers: Doomsday, tetapi pelakon itu mempunyai satu syarat penting.

Atwell mahu watak Peggy terus berkembang dan mempunyai cerita yang benar-benar bermakna untuk diterokai.

Dalam temu bual bersama The Hollywood Reporter ketika San Diego Comic-Con, pelakon itu berkata dia bersedia untuk terus membawa watak tersebut sekiranya penonton masih mahu melihat Peggy dalam MCU.

“Saya harap begitu. Selagi Peggy boleh berkembang, penonton masih mahu melihatnya dan ada cerita berpanjangan untuk wataknya, saya pasti gembira,” kata Atwell.

Pelakon berusia 44 tahun itu mula memainkan watak Peggy Carter menerusi filem Captain America: The First Avenger pada 2011, sebelum kembali dalam beberapa projek MCU termasuk Captain America: The Winter Soldier dan Avengers: Endgame.

Watak tersebut turut mendapat siri tersendiri iaitu Agent Carter, yang menyaksikan watak lakonannya itu menjadi peneraju utama untuk kisah selepas era Perang Dunia Kedua.

Sepanjang perjalanan dalam MCU, Atwell juga pernah memainkan beberapa versi Peggy. Selain versi lebih berusia dalam Captain America: The Winter Soldier, dia turut muncul sebagai Captain Carter, versi alternatif wataknya dari realiti lain dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Kini, Atwell kembali sebagai Peggy dalam Avengers: Doomsday, kira-kira 15 tahun selepas pertama kali memperkenalkan watak tersebut kepada penonton MCU.

Menariknya, kemunculan kali ini turut mempertemukannya semula dengan Chris Evans sebagai Steve Rogers. Kedua-duanya sebelum ini menjadi pasangan penting dalam kisah Captain America, walaupun hubungan mereka tidak pernah benar-benar berkembang seperti yang diharapkan.

Menurut Atwell, dia dan Evans pada awalnya tidak pernah menyangka watak yang mereka lakonkan akan menjadi sebahagian daripada perjalanan MCU selama ini.

Artikel Berkaitan:  Avengers: Endgame Encore Kembali Kuasai Box Office Dengan AS$26 Juta

Mereka juga terkejut melihat sejauh mana francais tersebut berkembang dan bagaimana mereka kembali ke watak yang sama selepas bertahun-tahun muncul dalam filem pertama.

“Bagi saya, perkara yang paling istimewa ialah kami masih berpeluang kembali kepada watak ini selepas bertahun-tahun.” ujarnya.

Penglibatan Atwell dalam Avengers: Doomsday sebelum ini tidak diumumkan ketika Marvel Studios mendedahkan barisan pelakon utama filem tersebut. Namun, kehadirannya di pentas pembentangan Marvel Studios di Comic-Con akhirnya mengesahkan kepulangannya sebagai Peggy.

Walaupun Marvel masih merahsiakan peranan sebenar Peggy dalam filem itu, kepulangannya dijangka berkait rapat dengan kisah Steve Rogers selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Pada penghujung Endgame, Steve kembali ke masa lalu dan memilih untuk menjalani kehidupan bersama Peggy sebelum kembali ke masa kini sebagai seorang lelaki tua. Avengers: Doomsday dipercayai akan meneroka lebih lanjut kehidupan baharu Steve dan Peggy, termasuk kemungkinan mereka membina sebuah keluarga.

Jika watak tersebut benar-benar mendapat ruang yang lebih besar dalam filem baharu itu, Atwell berpeluang untuk meneroka sisi Peggy yang tidak banyak ditampilkan sebelum ini, termasuk kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu.

Atwell bagaimanapun belum mengesahkan sama ada dia akan kembali sebagai Peggy dalam Avengers: Secret Wars. Namun, sekiranya Marvel meneruskan kisahnya selepas Doomsday, hasrat Atwell untuk terus memainkan watak tersebut mungkin dapat direalisasikan.

Avengers: Doomsday diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo dan dijadualkan tayangan pada 18 Disember 2026.

Sumber: The Direct

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Avengers: Endgame Encore Ada Durasi Berbeza Mengikut Jenis Pawagam

Karim Khan

Cody Rhodes Kongsi Story IG Dengan Lagu Tema X-Men ’97, Bakal Sertai Filem X-Men?

Karim Khan

Opening Credit Scene Marvel: Lagu Dan Montaj Ikonik Dalam Filem MCU

Karim Khan

Destin Daniel Cretton Dilaporkan Kembali Arah Spider-Man 5

Karim Khan

Avengers: Doomsday Difilemkan Ketika Skrip Masih Belum Siap, Dedah Russo Brothers

Karim Khan

Avengers: Endgame Encore Akan Berdurasi 185 Minit

Karim Khan

Leave a Comment