Kakimuvee
Prime VideoStreaming

12 Filem & Siri Menarik Di Prime Video Sepanjang Oktober 2026

Prime Video menyediakan pelbagai filem dan siri baharu untuk mengisi senarai tontonan sepanjang Oktober 2026, dariseram, aksi, romantik, animasi sehinggalah dokumentari sukan.

Antara yang paling mencpada uri perhatian ialah adaptasi terbaharu Carrie, kepulangan Chris Pratt menerusi The Terminal List musim kedua serta filem aksi rompakan In The Grey arahan Guy Ritchie. Peminat kandungan Korea pula boleh menantikan Love In Disguise dan Final Table.

Berikut antara filem dan siri menarik yang bakal menemui penonton di Prime Video sepanjang Oktober ini.

SIRI

Carrie

Tarikh Tayangan: 7 Oktober 2026

Carrie White (Summer H. Howell) merupakan seorang remaja yang selama ini hidup terasing bersama ibunya yang sangat melindunginya, Margaret (Samantha Sloyan).

Selepas kematian bapanya secara mengejut, Carrie terpaksa berdepan dunia sekolah menengah awam yang jauh berbeza daripada kehidupannya sebelum ini. Keadaan bertambah buruk apabila dia menjadi mangsa buli yang tular dan terpaksa berdepan tekanan serta kekejaman dalam era media sosial.

Dalam masa sama, Carrie mula menyedari kemunculan kuasa telekinetik misteri dalam dirinya.

The Terminal List Season 2

Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2026

Chris Pratt kembali sebagai Komander Navy SEAL James Reece dalam musim kedua The Terminal List, yang diadaptasi daripada novel kedua karya Jack Carr, True Believer.

Selepas menyelesaikan senarai buruannya, Reece memulakan perjalanan baharu yang membawanya merentasi Lautan Hindi, Afrika, Timur Tengah dan Eropah.

Daripada kisah balas dendam psikologi pada musim pertama, skala penceritaan kali ini berkembang menjadi sebuah thriller pengintipan global apabila Reece membongkar konspirasi yang menghubungkan Moscow dengan Langley serta sejarah keluarganya sendiri.

Tom Hopper, Constance Wu, Dar Salim dan Luke Hemsworth kembali bersama beberapa muka baharu termasuk Gabriel Luna.

FILEM

Love Of Your Life

Tarikh Tayangan: 14 Oktober 2026

Arahan Rachel Morrison (The Fire Inside), Love Of Your Life mengikuti Maya (Margaret Qualley), yang kehidupannya berubah selepas pertemuan tidak disengajakan dengan Charlie (Gabriel Basso) membawa kepada sebuah hubungan romantik dan masa depan yang tidak pernah dibayangkannya.

Artikel Berkaitan:  Senarai Rancangan Baharu Netflix Ogos 2026: Siri, Filem Dan Dokumentari Yang Wajib Ditonton

Namun, apabila masa depan tersebut berubah secara tiba-tiba, Maya terpaksa memulakan kehidupan baharu dan berdepan persoalan tentang dirinya, apa yang benar-benar diinginkan serta bagaimana untuk kembali membuka hati kepada cinta.

In The Grey

Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2026

Ditulis dan diarahkan oleh Guy Ritchie, In The Grey mengikuti sekumpulan anggota elit yang menjalankan operasi rahsia di sebalik bayang-bayang dunia.

Apabila seorang pemerintah kejam mencuri kekayaan bernilai AS$1 bilion, pasukan tersebut ditugaskan untuk mendapatkannya semula menerusi sebuah misi yang hampir mustahil.

Apa yang bermula sebagai operasi rompakan kemudian bertukar menjadi pertempuran besar melibatkan strategi, penipuan dan perjuangan untuk terus hidup.

Masterplan

Tarikh Tayangan: 16 Oktober 2026

Seorang pencuri legenda merancang untuk mencuri Mona Lisa dan merekrut dua individu muda bagi menjayakan rancangannya — Chiara, pakar jenayah siber dari Itali, dan Jay, pakar bahan letupan dari Perancis.

Namun, rancangan itu menjadi lebih rumit apabila dia mendedahkan bahawa Chiara dan Jay sebenarnya merupakan adik-beradik yang telah lama terpisah. Lebih mengejutkan, lelaki yang merekrut mereka itu ialah bapa mereka sendiri.

Pertemuan semula keluarga yang tidak pernah diminta itu memaksa mereka belajar bekerjasama jika mahu menjayakan rompakan terbesar dalam hidup mereka.

Drive - The Pretenders

Tarikh Tayangan: 28 Oktober 2026

Seorang mekanik kereta lumba muda berpura-pura bertunang dengan seorang bintang perlumbaan yang terkenal dengan pelbagai kontroversi.

Secara rasmi, hubungan palsu itu bertujuan memulihkan reputasi pelumba tersebut. Namun, wanita itu mempunyai agenda tersendiri — mendapatkan peluang untuk berada di belakang stereng dan berlumba.

Apabila hubungan mereka mula berkembang menjadi sesuatu yang lebih daripada sekadar lakonan, penipuan tersebut berisiko memusnahkan segala-galanya.

Apocalipsis Z: New World

Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2026

Sekuel dalam saga Apocalypse Z yang diadaptasi daripada buku karya Manel Loureiro ini memperluaskan lagi dunia pasca-apokalips dengan skala aksi lebih besar dan barisan watak baharu.

Artikel Berkaitan:  5 Siri Seram Mike Flanagan Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kepulauan Canary kini menjadi tempat perlindungan terakhir di Eropah selepas penularan virus TSJ. Apabila satu misi khas dihantar ke tanah besar untuk mendapatkan bekalan penting, Roberto menyertai pasukan tersebut dengan niat yang meragukan.

Misi itu kemudian bertukar menjadi perjuangan untuk terus hidup apabila mereka berdepan kumpulan manusia yang dijangkiti serta konflik sesama sendiri.

SUKAN

Doubters To Believers Liverpool FC: Klopp's Era

Tarikh Tayangan: 16 Oktober 2026

Pada pertengahan musim 2023/24, Jürgen Klopp mengejutkan penyokong Liverpool apabila mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan kelab tersebut.

Dokumentari ini mengimbas musim terakhir Klopp serta sembilan tahun beliau bersama Liverpool, termasuk bagaimana pengurus dari Jerman itu mengubah pasukan tersebut dan membawa mereka menjuarai Premier League serta UEFA Champions League.

Menerusi temu bual eksklusif, dokumentari ini turut melihat evolusi pendekatan kejurulatihan Klopp, kepercayaannya terhadap pemain muda dan sebab di sebalik keputusan beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool.

K-DRAMA

Love In Disguise

Tarikh Tayangan: 19 Oktober 2026

Diadaptasi daripada web novel popular Why Don't You Know It's a Girl? yang telah mencatat lebih 8.15 juta tontonan di Kakao Webtoon, siri ini mengikuti Kang Jae-hee, bekas anggota pasukan khas yang kini bekerja sebagai detektif polis.

Jae-hee ditugaskan untuk melindungi dan menyiasat Yoon Yi-jun, pewaris sebuah konglomerat berpengaruh yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan.

Bagi mendekatinya, Jae-hee menyamar sebagai lelaki dan menyertai pasukan keselamatan Yi-jun. Namun, selepas identiti sebenarnya terbongkar, kedua-duanya terpaksa berdepan isu kepercayaan, kelemahan diri dan perasaan yang mula berkembang antara mereka.

Final Table

Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2026

The Table: K-Chef 2026 merupakan pertandingan yang mencari cef Korea terbaik.

Antara pesertanya ialah Kang Han, cef bertaraf dunia yang menggunakan nama Chris K.; Choi Song-yi, yang berusaha mempertahankan restoran peninggalan bapanya; dan Cha Woo-jin, cef terkenal yang mementingkan kesempurnaan.

Masing-masing memasuki pertandingan dengan kisah dan matlamat tersendiri. Namun, di sebalik persaingan sengit dalam setiap pusingan, hubungan antara mereka perlahan-lahan berubah apabila mereka mula memahami dan membantu antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:  Tikus!, Onslaught Antara Filem Baru Yang Akan Tayang Pada Minggu Pertama September 2026
ANIMASI

The Seven Knights Of The Marronnier Kingdom

Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2026

Kerajaan Marronnie dikelilingi tujuh negara berbeza. Tujuh anak lelaki Jeneral Baribara masing-masing dilantik sebagai komander kesatria dan dihantar ke negara berbeza bagi menjalankan misi diplomatik.

Namun, tugas mereka sebenarnya jauh lebih rumit daripada sekadar menjalinkan hubungan persahabatan.

Sepanjang perjalanan, mereka berulang kali bertemu seorang pemuda misteri, melalui kisah cinta di negara asing dan perlahan-lahan membongkar sejarah tersembunyi bapa mereka yang telah meninggal dunia — salah seorang daripada tujuh kesatria.

Helluva Boss Season 3

Tarikh Tayangan: 14 Oktober 2026

Selepas peristiwa besar dalam penamat musim kedua mengubah keadaan di Neraka, Helluva Boss kembali untuk meneroka kesannya terhadap para watak.

Stolas kini kehilangan statusnya dan terpaksa menjalani kehidupan bersama golongan iblis biasa sebelum tinggal bersama Blitzo. Dalam masa sama, kehamilan Millie yang dirahsiakan berpotensi menguji hubungannya dengan Moxxie.

Pengampunan yang diterima I.M.P. turut meningkatkan keberanian golongan Imp dan memberi bayangan kepada kemungkinan tercetusnya pemberontakan terhadap golongan pemerintah Neraka.

KANDUNGAN ASEAN

LOL: Last One Laughing Philippines Season 2

Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2026

LOL: Last One Laughing Philippines kembali untuk musim kedua dengan pertandingan yang menghimpunkan 10 pelawak dalam satu cabaran mudah tetapi sukar dilakukan — buat orang lain ketawa tanpa ketawa sendiri.

Berbekalkan jenaka, watak-watak pelik dan pelbagai aksi spontan, setiap peserta perlu mencari cara untuk membuat pesaing mereka hilang kawalan sambil memastikan wajah sendiri kekal serius.

Selepas enam jam pertandingan, peserta terakhir yang berjaya bertahan bakal membawa pulang hadiah bernilai satu juta peso.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Carrie: Trailer Baharu Tampilkan Versi Lebih Moden Adaptasi Novel Stephen King

Karim Khan

Wednesday Musim 3 Selesai Penggambaran, First Look Jenna Ortega Didedahkan

Farah

War Machines Disahkan Sebagai Tajuk Sekuel Filem Netflix Paling Popular 2026

Karim Khan

Netflix Raih Hak Penstriman Global The Walking Dead Universe Menerusi Perjanjian Bernilai RM2.3 Bilion

Karim Khan

Netflix Kurung Lelaki Dalam Billboard Setinggi 30 Kaki Untuk Promosi The Last House

Farah

Netflix Bangunkan Filem Live-Action Crazy Taxi Dan Stranger Than Heaven

Karim Khan

Leave a Comment