Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Man of Tomorrow Tamat Penggambaran, Foto BTS Cetus Teori Dimensi Salvation

Lex Luthor Man of Tomorrow

James Gunn telah mengumumkan bahawa penggambaran filem Man of Tomorrow telah pun selesai dan kini memasuki fasa seterusnya.

Pengarah itu berkongsi berita berkenaan menerusi Instagram, selain memuat naik beberapa foto di sebalik tabir sepanjang produksi filem susulan Superman tersebut.

Walaupun gambar-gambar yang dikongsikan tidak menunjukkan sebarang pendedahan besar mengenai jalan cerita, satu foto yang menampilkan Nicholas Hoult sebagai Lex Luthor ternyata menarik perhatian peminat.

Menurut laporan Comicbookmovie, foto tersebut dikatakan mempunyai maksud yang tersirat, dimana ia memaparkan lokasi yang kelihatan jauh berbeza dari Metropolis.

Disebabkan latar yang berbeza, telah timbul spekulasi bahawa Lex Luthor mungkin mempunyai kaitan dengan Salvation, lokasi antara dimensi yang kini semakin penting dalam perkembangan DC Universe (DCU).

Malah, terdapat juga teori yang mendakwa kisah Lex mungkin berakhir di Salvation pada penghujung filem Man of Tomorrow.

Salvation sebelum ini telah diperkenalkan dalam musim kedua Peacemaker, apabila Rick Flag Sr. menggunakan dunia tersebut sebagai penjara untuk metahuman.

James Gunn juga pernah menjelaskan bahawa Salvation bukan sekadar sebuah planet yang terletak jauh di angkasa, sebaliknya berada dalam dimensi berbeza daripada Bumi.

Menurut Gunn, A.R.G.U.S. telah mengambil langkah untuk menghantar tahanan metahuman ke Salvation sebagai sebahagian daripada usaha mereka mengawal aktiviti metahuman. Peacemaker sendiri merupakan antara watak penting DCU yang kini mempunyai kaitan dengan lokasi tersebut.

Jadi, sekiranya teori mengenai Lex Luthor itu benar, ia berpotensi menghubungkan konflik Man of Tomorrow dengan dunia DCU yang lebih besar. Namun, setakat foto BTS yang dikongsikan Gunn, tiada petunjuk kukuh yang boleh mengesahkan perkara tersebut.

Superman Dan Lex Luthor Berdepan Ancaman Lebih Besar

Menariknya, Man of Tomorrow tidak akan meletakkan Superman dan Lex Luthor sebagai musuh seperti yang kita jangkakan.

Artikel Berkaitan:  HBO Dan DC Studios Lancar Treler Baharu Siri Lanterns Di San Diego Comic-Con

Filem ini akan menyaksikan Clark Kent/Superman lakonan David Corenswet dan Lex Luthor lakonan Nicholas Hoult mengetepikan perseteruan mereka untuk bekerjasama menghadapi Brainiac, yang dilakonkan oleh Lars Eidinger.

Konflik antara Clark dan Lex dijangka menjadi nadi utama filem ini. James Gunn sendiri pernah menjelaskan bahawa cerita tersebut pada asasnya berkisar tentang dua watak berkenaan dan cara mereka melihat dunia dari sudut yang berbeza.

Barisan pelakon Superman yang turut kembali untuk sekuel kali ini termasuklah Rachel Brosnahan sebagai Lois Lane, Skyler Gisondo sebagai Jimmy Olsen, Sara Sampaio sebagai Eve Teschmacher, Isabela Merced sebagai Hawkgirl dan Maria Gabriela de Faria sebagai The Engineer.

Aaron Pierre juga akan kembali sebagai John Stewart selepas diperkenalkan menerusi Lanterns, manakala Adria Arjona akan memainkan watak Maxima. Xolo Maridueña pula kembali sebagai Blue Beetle.

Dengan penggambaran utama kini selesai, Man of Tomorrow memasuki fasa pascaproduksi sebelum dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 9 Julai 2027.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Anthony Russo Sahkan Tindakan Steve Rogers Cetus Peristiwa Avengers: Doomsday

Karim Khan

Sony Senyap-Senyap Hentikan Pembangunan Sony’s Spider-Man Universe, Tiada Lagi Filem Baharu Buat Masa Ini

Karim Khan

Siri Spider-Man Berasaskan Clone Saga Dikhabarkan Hampir Mendapat Lampu Hijau Dari Prime Video

Karim Khan

Lady Gaga Dikhabarkan Bakal Bawa Watak Dazzler Dalam Filem X-Men

Karim Khan

Showrunner Lanterns Beri Bayangan Tentang Hala Tuju Musim Kedua

Karim Khan

Disney+ Senaraikan 15 Tontonan Penting Sebelum Avengers: Doomsday

Karim Khan

Leave a Comment