Kakimuvee
BeritaSuperhero / Live-Action / Comic

Chris Evans Tolak Lebih 10 Tawaran Marvel Sebelum Kembali Dalam Avengers: Doomsday

Steve Rogers Avengers Doomsday

Chris Evans mendedahkan bahawa dia hampir tidak pernah kembali sebagai Captain America dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), malah menolak pelbagai cadangan daripada Marvel Studios selama lapan tahun sebelum akhirnya bersetuju untuk membintangi Avengers: Doomsday.

Menurut Evans, keputusan untuk kembali memegang watak Steve Rogers akhirnya dipengaruhi oleh kepulangan Robert Downey Jr. ke MCU.

Dalam temu bual eksklusif bersama Entertainment Weekly ketika San Diego Comic-Con 2026, Evans mendedahkan bahawa dia telah menolak kira-kira 12 cadangan berbeza yang dikemukakan oleh Marvel sepanjang tempoh lapan tahun sebelum menerima tawaran untuk menyertai Avengers: Doomsday.

Selepas menamatkan perjalanan Steve Rogers menerusi Avengers: Endgame pada 2018, Presiden Marvel Studios Kevin Feige bersama eksekutif Marvel Studios, Lou D’Esposito, pernah menghubunginya untuk meneruskan watak tersebut.

Cadangan pertama mereka memfokuskan kepada persona Nomad, identiti alternatif Captain America yang diperkenalkan dalam komik Marvel pada 1974.

Evans mengakui idea tersebut sememangnya menarik, namun ketika itu dia merasakan masa masih belum sesuai untuk kembali.

“Saya agak berhati-hati. Saya mahu mengekalkan apa yang telah kami bina,” katanya.

Walaupun menolak cadangan tersebut, Evans tetap menggalakkan Marvel untuk terus berkongsi idea baharu kepadanya.

Sepanjang beberapa tahun berikutnya, Marvel Studios terus menawarkan pelbagai jalan cerita yang berbeza.

“Dalam tempoh lapan tahun, saya mungkin mendengar sekurang-kurangnya 12 cadangan. Semuanya sangat menarik. Cuma, tiada satu pun yang benar-benar terasa tepat,” jelasnya.

Menurut Evans, selepas sekian lama dia mula berasakan bahawa kepulangannya sebagai Captain America mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Robert Downey Jr. Ubah Segalanya

Titik perubahan berlaku apabila Evans mendapat tahu mengenai khabar angin bahawa Robert Downey Jr. sedang berbincang dengan Marvel Studios untuk kembali ke MCU.

“Saya menerima panggilan daripada pasukan saya yang memaklumkan terdapat khabar angin bahawa Robert sedang berbincang dengan Marvel,” kata Evans.

Tidak lama kemudian, pengarah Joe Russo menjelaskan visi baharu filem tersebut kepadanya. Selepas mengetahui bahawa Downey turut terlibat dalam projek itu, Evans merasakan inilah masa yang paling tepat untuk kembali.

“Tiba-tiba semuanya terasa tepat. Saya terus fikir, ‘Inilah masanya,'” katanya.

Masih Terbuka Untuk Kembali Ke MCU

Walaupun bakal kembali menerusi Avengers: Doomsday, Evans tidak menolak kemungkinan untuk terus muncul dalam projek MCU pada masa hadapan sekiranya jalan cerita yang ditawarkan benar-benar menarik.

“Saya rasa semua orang yang pernah menjadi sebahagian daripada universe ini sangat menghargai watak masing-masing,” ujarnya.

Dalam Avengers: Doomsday, Robert Downey Jr. akan membuat kemunculan semula di MCU, namun kali ini sebagai Victor Von Doom, bukannya Tony Stark atau Iron Man. Filem itu juga bakal menyaksikan kepulangan beberapa pelakon francais X-Men terbitan Fox.

Avengers: Doomsday dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 18 Disember ini.

Sumber: ComingSoon

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Filem Terbaru Zack Snyder The Last Photograph Cetus Reaksi Berbelah Bahagi Pengkritik

Karim Khan

Filem Sci-Fi Epik ‘HOPE’ Arahan Na Hong-jin Ke Pawagam Malaysia 10 September Ini

Farah

D23 Asia Bakal Berlangsung Di Singapura Pada Jun 2027

Karim Khan

15 Filem Dan Siri Marvel Yang Perlu Ditonton Sebelum Avengers: Doomsday

Karim Khan

Avengers: Doomsday Difilemkan Ketika Skrip Masih Belum Siap, Dedah Russo Brothers

Karim Khan

Derita Penyakit Dementia Tidak Menghalang Bruce Willis Untuk Muncul Di Majlis Perkahwinan Anak Perempuannya

Karim Khan

Leave a Comment