Kakimuvee
DisneyPlusStreaming

Marvel Television Dedah Treler Baharu ‘Daredevil: Born Again’ Musim Ke-2; Bakal Ditayangkan di Disney+ Mac Ini

Dari kiri: Matt Murdock / Daredevil (Charlie Cox) dan Karen Page (Deborah Ann Woll) dalam siri Marvel Television, DAREDEVIL: BORN AGAIN, eksklusif di Disney+. Foto ihsan Marvel Television. © 2026 MARVEL.

Marvel Television telah mendedahkan treler, poster utama, serta foto pegun terbaharu bagi musim kedua siri “Daredevil: Born Again” yang amat dinantikan. Drama street-level paling sengit dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) ini akan mula ditayangkan secara eksklusif di Disney+ bermula 25 Mac ini. Merangkumi lapan episod yang mendebarkan, siri ini bakal menyaksikan pertembungan antara kelangsungan hidup, penentangan, dan penebusan dalam pertempuran demi maruah bandar New York.

Dicipta oleh Dario Scardapane, Chris Ord, dan Matt Corman, siri ini mengekalkan Charlie Cox sebagai wira bertopeng (aka Matt Murdock) dan Vincent D’Onofrio sebagai Wilson Fisk. Turut kembali memeriahkan siri ini ialah Deborah Ann Woll sebagai Karen Page, Ayelet Zurer sebagai Vanessa Fisk, Wilson Bethel sebagai Benjamin Poindexter/Bullseye, dan Margarita Levieva sebagai Heather Glenn. Musim ini juga menandakan kepulangan yang dinanti-nantikan oleh Krysten Ritter sebagai watak kegemaran peminat, Jessica Jones, serta memperkenalkan Matthew Lillard sebagai watak misteri, Mr. Charles.

Dalam Musim ke-2, Datuk Bandar Wilson Fisk terus menindas bandar New York ketika beliau memburu musuh awam nombor satu—pejuang jalanan Hell’s Kitchen yang dikenali sebagai Daredevil. Namun, di sebalik topeng bertanduk itu, Matt Murdock akan cuba melawan semula dari bayang-bayang demi meruntuhkan empayar korup Kingpin dan memulihkan tanah airnya. Bertahan. Menentang. Membina semula.

Artikel Berkaitan:  Marvel Bawa Musuh Paling Ditakuti X-Men Ke MCU Dalam Avengers: Doomsday

Related posts

Ryan Hurst Digugurkan Sebagai Kratos Selepas Cedera Di Set Penggambaran Siri God of War

Karim Khan

Siri TV RoboCop Disahkan Di Prime Video, James Wan Bertindak Sebagai Penerbit

Karim Khan

Poster Pertama Siri Harry Potter Didedahkan, Paparkan Istana Hogwarts Melalui Kaca Mata Harry

Karim Khan

Delusion: Thriller Misteri Thailand Bakal Tayang Di Netflix

Farah

Marvel Umum Siri Perisik Zodiac, Tayang Di Disney+ Pada 2028

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Bakal Jadi Filem MCU Spider-Man Terakhir Di Netflix?

Karim Khan

Leave a Comment