Kakimuvee
Berita LokalOfficial TrailerTonton

Pewaris Susuk Kini Boleh Ditonton Secara Eksklusif Di Tonton Dengan Harga RM12

Platform penstriman Tonton terus memperkukuhkan penawaran Transactional Video-On-Demand (TVOD) apabila membawakan Pewaris Susuk sebagai filem kedua yang ditawarkan menerusi perkhidmatan tersebut.

Kehadiran Pewaris Susuk memberi peluang kepada penonton menikmati pengalaman tayangan filem premium dari keselesaan rumah, sekali gus menawarkan dimensi baharu kepada konsep home cinema.

Dengan bayaran RM12, penonton kini boleh menonton Pewaris Susuk secara eksklusif di Tonton. Langkah ini mencerminkan komitmen platform berkenaan dalam memperluaskan akses kepada filem-filem tempatan berkualiti menerusi perkhidmatan TVOD, dengan lebih banyak judul dijangka akan ditawarkan pada masa hadapan.

Menggabungkan elemen seram, misteri dan thriller psikologi, Pewaris Susuk mengisahkan sebuah legasi hitam yang diwarisi turun-temurun apabila rahsia silam mula terbongkar. Keadaan itu mencetuskan pelbagai kejadian ngeri yang menghantui sebuah keluarga.

Persoalannya, mampukah mereka memutuskan sumpahan yang telah sekian lama membelenggu, atau adakah warisan tersebut akan terus menuntut korban?

Filem ini diarahkan oleh Faizal Nadxaman berdasarkan skrip hasil nukilan Naza Manas. Ia menampilkan barisan pelakon seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Rosyam Nor serta beberapa pelakon lain.

Sarat dengan debaran, konflik emosi dan pelbagai kejutan yang tidak dijangka, Pewaris Susuk menjanjikan pengalaman menonton yang mendebarkan sehingga ke babak terakhir.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Thor Bertembung Doctor Doom Dalam Treler Pertama Avengers: Doomsday

Karim Khan

GSC Perkenalkan Pawagam Infinity Vision Di Malaysia, Saksikan Avengers: Endgame Encore Dan Avengers: Doomsday Dalam Pengalaman Premium

Karim Khan

Netflix Kongsi Treler Pertama Khas LEGO One Piece

Karim Khan

Trailer Heart of the Beast: Brad Pitt Dan Anjing Tempur Berjuang Untuk Hidup Di Alaska

Karim Khan

Khong-Khaek 2 Bakal Menghantui Pawagam Malaysia 24 September Ini

Farah

Trailer Pertama Jumanji: Open World, Watak Permainan Kini Menyerang Dunia Sebenar

Karim Khan

Leave a Comment