Kakimuvee
Berita Lokal

Tonton Himpunkan No Other Land Dan The Voice Of Hind Rajab Dalam Pakej Khas RM15

Tonton bakal menawarkan dua filem yang mengetengahkan kisah dari Palestin, No Other Land dan The Voice of Hind Rajab, menerusi pakej khas “Voices That Matter Pack” bermula 30 September ini.

Kedua-dua filem boleh ditonton menerusi perkhidmatan TVOD (Transactional Video on Demand) Tonton pada harga RM15 untuk satu pakej. Daripada setiap transaksi, RM1 akan disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Pakej ini turut menandakan kemunculan sulung No Other Land di Malaysia, yang akan ditawarkan secara eksklusif menerusi Tonton. Dokumentari tersebut memenangi Academy Award bagi kategori Filem Dokumentari Terbaik pada 2025.

No Other Land mengikuti aktivis Palestin Basel Adra yang mendokumentasikan kemusnahan rumah serta perpindahan penduduk di Masafer Yatta, Tebing Barat. Dokumentari itu turut merakam usaha masyarakat setempat mempertahankan tanah dan kediaman mereka.

Dalam proses tersebut, Basel bertemu wartawan penyiasatan Israel, Yuval Abraham. Pertemuan mereka membawa kepada satu kerjasama yang kemudiannya berkembang menjadi persahabatan meskipun kedua-duanya datang daripada latar belakang berbeza.

Sementara itu, The Voice of Hind Rajab membawa kisah Hind Rajab, kanak-kanak Palestin berusia enam tahun yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Gaza pada 29 Januari 2024 selepas keluarganya diserang.

Hind kemudiannya menghubungi Bulan Sabit Merah Palestin untuk mendapatkan bantuan. Filem tersebut dibina berasaskan rakaman panggilan kecemasan sebenar, termasuk suara Hind sendiri, sambil mengikuti usaha petugas kecemasan untuk menyelamatkannya.

Walaupun menggunakan pendekatan penceritaan yang berbeza, kedua-dua filem membawa penonton melihat pengalaman rakyat Palestin daripada perspektif yang lebih dekat. No Other Land menggunakan rakaman dokumentari dari lapangan, manakala The Voice of Hind Rajab menjadikan rakaman panggilan kecemasan sebenar sebagai sebahagian penting penceritaannya.

“Voices That Matter Pack” yang merangkumi No Other Land dan The Voice of Hind Rajab boleh ditonton menerusi aplikasi Tonton dan laman web Tonton bermula 30 September 2026 pada harga RM15.

RM1 daripada setiap transaksi pakej tersebut akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Erma Fatima Seru Masyarakat Buka Mata Isu Tunggang Agama

Karim Khan

‘Mojoku Hilang’ Tayang 23 Julai Ini, Adipati Dolken dan Mimi Lana Bergandingan Dalam Romantik Komedi Terbaru

Karim Khan

Astro X3 Dilancarkan, Tonton Kandungan Astro Tanpa Dekoder Dan Pemasangan

Karim Khan

GSC Lancar Trailer Rasmi Chelot Yang Penuh Aksi

Karim Khan

Bas Malam Lancar Teaser Rasmi, Ketengahkan Misteri Enam Orang Dan Satu Rahsia

Karim Khan

Astro Berpotensi Jadi Sasaran Pengambilalihan, Nilai Pasaran Jatuh Kepada RM300 Juta

Karim Khan

Leave a Comment