Kakimuvee
Berita

Punca Kematian Hayden Panettiere Didedahkan, Disahkan Sebagai Kemalangan

Hayden Panettiere Meninggal Dunia Akibat Kesan Toksik Fentanyl

Lebih sebulan selepas pemergian Hayden Panettiere, punca kematian pelakon Heroes dan Scream itu akhirnya didedahkan.

Pejabat Koroner Greenville County mengesahkan bahawa Panettiere meninggal dunia akibat kesan toksik fentanyl bersama beberapa bahan dan ubat lain. Berdasarkan kenyataan rasmi, bahan yang dikenal pasti termasuk fentanyl, 4-ANPP, alprazolam, methocarbamol dan quetiapine.

Koroner turut mengesahkan tiada tanda trauma yang menyumbang kepada kematiannya, manakala cara kematian (manner of death) telah diklasifikasikan sebagai kemalangan. Pejabat Koroner Greenville County merupakan pihak yang bertanggungjawab membuat penentuan akhir mengenai cara kematian bagi kes yang disiasat di daerah tersebut.

Panettiere meninggal dunia pada 16 Ogos lalu di Greenville, South Carolina pada usia 36 tahun. Pihak kecemasan menerima panggilan mengenai kejadian henti jantung sekitar jam 1.51 petang sebelum menemui pelakon itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kediaman yang didiaminya buat sementara waktu.

Usaha bantuan kecemasan dilakukan di lokasi, namun Panettiere kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 2.32 petang. Siasatan awal polis juga tidak menemui sebarang tanda perbuatan khianat atau keadaan mencurigakan berkaitan kematiannya.

Panettiere memulakan kerjaya lakonan sejak kecil menerusi siri seperti One Life to Live dan Guiding Light sebelum mula mendapat perhatian lebih luas menerusi filem Remember the Titans pada 2000.

Namanya kemudian semakin dikenali selepas membawakan watak Claire Bennet dalam siri Heroes. Dia turut membintangi drama muzikal Nashville dari 2012 hingga 2018, yang menyaksikannya menerima dua pencalonan Golden Globe.

Bagi peminat filem seram, Panettiere cukup dikenali menerusi watak Kirby Reed dalam Scream 4 pada 2011 sebelum kembali memainkan watak sama dalam Scream VI pada 2023. Antara filem lain yang pernah dibintanginya termasuk Ice Princess dan Bring It On: All or Nothing.

Panettiere sebelum ini juga pernah bercakap secara terbuka mengenai masalah ketagihan yang dihadapinya dan sempat berehat daripada industri hiburan sebelum kembali berlakon menerusi Scream VI.

Pemergiannya pada Ogos lalu menerima penghormatan daripada peminat dan rakan industri yang mengikuti perjalanan kerjayanya sejak dia masih bergelar pelakon kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:  Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

Sumber: Variety, The Hollywood Reporter

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Remake Cliffhanger Lakonan Lily James Dan Pierce Brosnan Akan Tayang Februari 2027

Karim Khan

Robert Pattinson Jalani Uji Bakat Untuk Watak James Bond Baharu

Karim Khan

The Odyssey Lepasi Kutipan AS$1 Bilion Di Box Office

Karim Khan

Inde Navarrette Mahu Bawa Watak Mystique Ke MCU, Akui Sudah Bertemu Pengarah X-Men

Karim Khan

Hakim AS Beri Lampu Hijau Kepada Penggabungan Paramount-Warner Bros.

Karim Khan

The Odyssey Raih Lebih AS$1.6 Bilion, Hampir Pecahkan Rekod Universal

Karim Khan

Leave a Comment