Kakimuvee
Berita

Siri TV Fast & Furious Akan Dihasilkan, Vin Diesel Jadi Penerbit Eksekutif

Vin Diesel dalam Fast & Furious

Peacock telah memberi lampu hijau untuk menghasilkan siri televisyen Fast & Furious, dengan Vin Diesel menyertai projek itu sebagai penerbit eksekutif. Siri tersebut kini menyasarkan tayangan pada 2028, namun tajuk dan butiran ceritanya masih dirahsiakan.

Tahun itu turut menyaksikan francais berkenaan kembali ke pawagam menerusi Fast Forever, yang dijadualkan ditayangkan pada 17 Mac 2028.

Perkembangan ini memperluaskan lagi francais yang sudah merangkumi 11 filem sepanjang 25 tahun. Dengan jumlah kutipan global melebihi AS$7 bilion, Fast & Furious merupakan antara aset paling bernilai milik NBCUniversal. Francais itu turut dikembangkan menerusi permainan video, tarikan taman tema dan pelbagai barangan berkaitan.

Menurut The Hollywood Reporter, Peacock telah memilih Mike Daniels dan Wolfe Coleman untuk mengendalikan siri tersebut sebagai showrunner. Kedua-duanya juga akan menulis episod pertama.

Daniels pernah terlibat dalam Sons of Anarchy dan pembikinan semula Rockford Files untuk NBC, manakala Coleman mempunyai pengalaman menerusi 911: Lone Star. Bagaimanapun, pendekatan cerita yang bakal dibawa oleh mereka masih belum didedahkan.

Perkembangan mengenai siri TV ini menyusul susulan pengumuman Diesel dalam acara upfront NBCUniversal pada Mei lalu. Ketika itu, bintang utama francais tersebut menyebut bahawa empat siri sedang dalam perancangan. Peacock kemudian menjelaskan bahawa hanya satu siri sedang dibangunkan secara aktif.

Di belakang tabir, beberapa penerbit francais filemnya turut terlibat dalam projek televisyen ini. Antaranya ialah Neal H. Moritz dan Pavun Shetty daripada Original Film, bersama Jeff Kirschenbaum serta Chris Morgan.

Daniels dan Coleman juga akan menjadi penerbit eksekutif, selain Diesel dan Sam Vincent daripada One Race. Buat masa ini, belum ada butiran lanjut tentang watak atau barisan pelakon siri tersebut.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Jason Momoa Bintangi Filem Thriller Jenayah Baharu, Copperhead

Karim Khan

Nui Lai: ‘Fomo’ Punya Pasal Buat Filem Animasi ‘Sampah’ Jadi Fenomena Box Office Di China

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Terus Dominasi Box Office, The Odyssey Pecah Rekod Nolan

Karim Khan

Disney Cecah Kutipan Global AS$3 Bilion, Studio Pertama Capai Rekod Itu Pada 2026

Karim Khan

D23 2026: Ryan Gosling Dedah Watak Kade Auberon Dalam Star Wars: Starfighter

Karim Khan

Pelakon Legenda Star Trek dan X-Men, Sir Patrick Stewart Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Karim Khan

Leave a Comment