Kakimuvee
BeritaSuperhero / Live-Action / Comic

Sony Senyap-Senyap Hentikan Pembangunan Sony’s Spider-Man Universe, Tiada Lagi Filem Baharu Buat Masa Ini

Nampaknya perjalanan Sony’s Spider-Man Universe (SSU) kini berada di penghujungnya. Selepas beberapa tahun mencuba mengembangkan dunia watak-watak Marvel di luar Spider-Man, Sony mengesahkan bahawa ketika ini tiada sebarang filem baharu dalam francais tersebut sedang dibangunkan.

Menurut laporan ScreenRant yang memetik temu bual Variety bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sony Pictures Motion Picture Group, Tom Rothman, studio itu mengakui sambutan penonton menjadi faktor utama mengapa masa depan francais berkenaan masih belum mempunyai hala tuju yang jelas.

Rothman menjelaskan bahawa Sony tidak pernah menganggap projek tersebut sebagai “Sony-Marvel Universe”. Sebaliknya, mereka hanya mahu menghasilkan filem berdasarkan watak-watak Marvel yang dirasakan mempunyai potensi untuk diceritakan.

Namun buat masa ini, beliau mengesahkan tiada sebarang projek aktif sedang dalam pembangunan.

“Kami tidak pernah melihatnya sebagai Sony-Marvel Universe. Kami hanya mahu menghasilkan filem yang berbaloi menggunakan watak-watak lain. Buat masa ini, tiada satu pun projek sedang dibangunkan,” katanya.

Francais itu bermula dengan Venom lakonan Tom Hardy pada tahun 2018 yang meraih kutipan luar biasa melebihi AS$856 juta di seluruh dunia. Kejayaan tersebut membuka laluan kepada dua sekuel serta beberapa filem lain seperti Morbius, Madame Web dan Kraven the Hunter.

Walaupun trilogi Venom berjaya mencatat kutipan memberangsangkan di pawagam, filem-filem lain dalam SSU gagal menarik penonton dan menerima ulasan negatif daripada pengkritik. Kraven the Hunter misalnya hanya mengutip sekitar AS$61.9 juta di seluruh dunia, manakala Madame Web sekadar meraih AS$100.4 juta.

Sebelum ini, Sony juga dilaporkan telah membatalkan atau menggantung beberapa projek berkaitan SSU termasuk filem Spider-Woman yang dikatakan bakal diarahkan Olivia Wilde serta El Muerto lakonan penyanyi Bad Bunny yang akhirnya dikeluarkan daripada jadual tayangan studio.

Artikel Berkaitan:  X-Men: Lenore Zann Ucap Tahniah Kepada Inde Navarrette Kerana Berjaya Dapat Peranan Rogue

Menariknya, kenyataan terbaru Rothman ini bercanggah dengan kenyataannya pada Februari lalu apabila beliau mendedahkan Sony sedang merancang satu reboot baharu untuk francais tersebut dengan barisan pelakon yang berbeza.

Dalam perkembangan berasingan, laporan terdahulu menyatakan sebuah filem animasi Venom masih sedang dibangunkan dengan Zach Lipovsky dan Adam B. Stein sebagai pengarah. Tom Hardy juga dijangka terlibat dari sudut kreatif, namun belum dipastikan sama ada beliau akan kembali menyuarakan atau melakonkan watak Eddie Brock.

Buat masa ini, kenyataan Rothman memberi gambaran bahawa era Sony’s Spider-Man Universe telah pun berakhir. Dengan tiada projek baharu diumumkan, fokus Sony kini dilihat lebih tertumpu kepada filem Spider-Man lakonan Tom Holland serta kerjasama mereka bersama Marvel Studios.

Sumber: ScreenRant / Variety

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Spider-Man: Brand New Day Capai Kutipan AS$2 Bilion, The Odyssey Lepasi AS$1.2 Bilion

Karim Khan

Shaquille O’Neal Dedah Pernah Ditolak Marvel Untuk Peranan Dalam Avengers

Karim Khan

Filem Romantik Margot Robbie dan Jacob Elordi: ‘Wuthering Heights’ Raih Kutipan AS$3 Juta Pada Minggu Pembukaan

Karim Khan

Anggun Jadi Villain Utama Reacher Musim Ke-4, Lihat Gambar Pertama Di Sini

Karim Khan

Kontrak James Gunn Dan Peter Safran Didakwa Tidak Akan Disambung Di DC Studios

Karim Khan

Sucker Punch Versi Director’s Cut Masih Lagi Dalam Perancangan Zack Snyder

Karim Khan

Leave a Comment