Kakimuvee
Berita LokalStreaming

Unifi TV Tawar Akses Percuma 73 Saluran Termasuk HBO Hingga 30 September

Unifi TV Tawar Akses Percuma 73 Saluran Termasuk HBO Hingga 30 September

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM) serta ulang tahun ke-80 Telekom Malaysia (TM), Unifi TV menawarkan akses percuma kepada keseluruhan 73 saluran premiumnya kepada rakyat Malaysia sehingga 30 September 2026.

Menariknya, tawaran ini turut merangkumi saluran eksklusif HBO dan Cinemax serta terbuka kepada semua rakyat Malaysia, termasuk mereka yang bukan pelanggan Unifi.

Pengguna baharu hanya perlu mendaftar menggunakan alamat e-mel tanpa sebarang bayaran atau komitmen langganan untuk menikmati tawaran tersebut.

Akses kepada saluran-saluran berkenaan boleh dilakukan menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 pada Smart TV yang serasi, telefon pintar, tablet dan kotak Android TV.

Melalui promosi ini, penonton berpeluang menikmati pelbagai pilihan kandungan termasuk filem blockbuster, hiburan, sukan, program kanak-kanak, berita, gaya hidup dan pembelajaran.

Antara kandungan yang boleh ditonton sepanjang tempoh promosi termasuk Bisikan Pontianak, sebuah produksi asal Unifi TV di saluran DEGUP; Lanterns di HBO; serta siaran langsung Anugerah Primetime Emmy ke-78 menerusi HITS NOW.

Unifi TV Tawar Akses Percuma 73 Saluran Termasuk HBO Hingga 30 September

Peminat sukan pula boleh mengikuti secara langsung MotoGP Grand Prix San Marino dan Formula 1 Pirelli Gran Premio d’Italia 2026 menerusi SPOTV dan beIN SPORTS.

Selain itu, penonton turut boleh menyaksikan filem seperti The Shadow’s Edge di Celestial Movies dan Gangubai Kathiawadi di ZEE Cinema.

22 Saluran Percuma Mulai Oktober

Tawaran akses percuma 73 saluran tersebut akan berlangsung sehingga 30 September. Namun, Unifi TV turut menyediakan tawaran baharu selepas promosi HKHM berakhir.

Bermula 1 Oktober 2026, penonton akan terus mendapat akses kepada 22 saluran percuma tanpa perlu membuat pendaftaran atau pembatalan semula.

Tawaran tersebut merangkumi 16 saluran percuma sedia ada serta enam saluran premium tambahan, iaitu DEGUP HD, Dunia Sinema HD, Sensasi HD, Inspirasi HD, Pesona HD dan Al Jazeera.

Artikel Berkaitan:  Cyberpunk: Edgerunners 2 Dedah Trailer Baharu, Night City Kembali Lebih Brutal

Dalam masa sama, penonton juga boleh mengikuti pelbagai kandungan Original Unifi TV menerusi saluran DEGUP bermula Oktober.

Antara yang bakal ditampilkan ialah Nak Dengar Cerita Hantu Musim 2 yang dibintangi Que Haidar, Zizan Razak dan barisan pelakon lain, selain Secret Book Club lakonan Tiz Zaqyah dan Zahiril Adzim.

Ketua Pegawai Segmen Perniagaan dan Pengguna TM, Anand Vijayan, berkata tawaran tersebut merupakan antara cara Unifi TV memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Kami amat berbesar hati kerana buat pertama kalinya dapat menawarkan akses percuma kepada semua saluran kami, termasuk saluran eksklusif HBO, kepada seluruh rakyat Malaysia selama sebulan.

“Ini merupakan cara kami memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, dan kami berharap inisiatif ini dapat membawa lebih keceriaan kepada keluarga serta komuniti di seluruh negara,” katanya.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan tawaran ini, rakyat Malaysia boleh menikmati akses kepada 73 saluran premium Unifi TV secara percuma sehingga 30 September 2026, sebelum 22 saluran percuma tersebut diteruskan secara automatik mulai 1 Oktober.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Netflix Rai Ulang Tahun Ke-10 Stranger Things Dengan Edisi VHS Istimewa

Karim Khan

Sambut Merdeka Dengan Pilihan Filem Malaysia Di Netflix

Karim Khan

IMAX with Laser Kini Dibuka di IOI Mall Damansara, GSC Tawar Tiket Promosi & Ganjaran Eksklusif

Karim Khan

CMCF Gesa Pengguna Berhati-hati Kongsi Klip Kandungan 18+ Di Media Sosial

Karim Khan

Netflix Lancar Trailer Terbaru ONE PIECE: Into the Grand Line

Karim Khan

Heartland: Jessica Chastain Siasat Kehilangan Anak Saudara Dalam Filem Thriller Netflix

Farah

Leave a Comment