Kakimuvee
Berita

Filem Call of Duty Akan Adaptasi Siri Modern Warfare

'Call of Duty: Modern Warfare' - The Hollywood Reporter /Activision
‘Call of Duty: Modern Warfare’ – The Hollywood Reporter /Activision

Paramount Pictures dan Activision akhirnya mendedahkan butiran pertama mengenai filem Call of Duty apabila mengesahkan ia akan berlatarbelakangkan dunia Modern Warfare, iaitu sub-siri paling popular dalam francais permainan video tersebut.

Pengarah Peter Berg mengumumkan perkara itu ketika menghadiri acara Fanatics Fest di New York, sambil mengesahkan beliau turut menulis skrip bersama pencipta Yellowstone dan Landman, Taylor Sheridan.

Selain bergelar penulis, Berg, Sheridan dan David Glasser dari 101 Studios turut bertindak sebagai penerbit filem ini.

Dijadual Tayang Pada 2028

Sebelum ini, Paramount mengumumkan semasa CinemaCon bahawa filem Call of Duty dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 30 Jun 2028, bersempena ulang tahun ke-25 francais permainan video itu yang mula diperkenalkan pada tahun 2003.

Ketua Activision, Rob Kostich, berkata mereka hanya akan menghasilkan filem tersebut jika dapat mengekalkan identiti sebenar siri permainan itu.

“Kami mahu memastikan keaslian Call of Duty dapat diterjemahkan pada tahap yang lebih manusiawi supaya ia terasa realistik, sambil mengekalkan skala aksi yang epik,” katanya.

Antara Francais Permainan Video Terlaris

Call of Duty merupakan antara francais permainan video paling laris sepanjang zaman dengan jualan melebihi 500 juta salinan di seluruh dunia.

Sepanjang lebih dua dekad, siri ini telah membawa pemain ke pelbagai latar peperangan, termasuk Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam, konflik moden dan peperangan futuristik.

Sementara itu, permainan terbaharu, Call of Duty: Modern Warfare 4, dijadualkan dilancarkan pada 23 Oktober, dengan jalan cerita memfokuskan kepada konflik peperangan antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Sumber: The Hollywood Reporter

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Gareth Edwards Tidak Akan Mengarahkan Filem Baharu Jurassic World

Karim Khan

Jared Leto Berdepan Dakwaan Salah Laku, 10 Wanita Tampil Dalam Dokumentari BBC

Karim Khan

Scary Movie 6 Raih Lebih RM200 Juta, Francais Kini Cecah Kutipan AS$1 Bilion

Karim Khan

Netflix Bakal Tampilkan Filem Thriller Thailand ‘The Debt Collector’

Karim Khan

Alan Ritchson Dan Isteri, Cat, Berpisah Selepas 20 Tahun Bersama

Karim Khan

D23 Asia Bakal Berlangsung Di Singapura Pada Jun 2027

Karim Khan

Leave a Comment