
The Walt Disney Company mengumumkan bahawa D23 Asia: The Ultimate Disney Fan Event akan membuat kemunculan sulungnya di Marina Bay Sands, Singapura pada 25 hingga 27 Jun 2027.
Acara selama tiga hari itu akan mengambil alih sebahagian kawasan Sands Expo & Convention Centre, Marina Bay Sands.
Tiket untuk D23 Asia dijadualkan mula dijual pada November 2026.
D23 Asia Himpunkan Peminat Disney
D23 Asia bakal menghimpunkan peminat Disney dari seluruh Asia Pasifik dan rantau lain bagi meraikan dunia penceritaan, kreativiti serta inovasi Disney.
Sepanjang acara berlangsung, peminat boleh menikmati pelbagai pengalaman imersif, persembahan eksklusif, pengumuman khas, aktiviti hiburan, peluang membeli-belah dan banyak lagi.
D23 Asia merupakan sebahagian daripada legasi acara peminat D23 yang sebelum ini dianjurkan di Anaheim dan beberapa lokasi lain di seluruh dunia.
Edisi Singapura ini bagaimanapun akan menawarkan pengalaman yang tersendiri untuk peminat di Asia, sambil mengekalkan skala, kemeriahan dan semangat mengutamakan peminat yang menjadi identiti D23: The Ultimate Disney Fan Event.
Maklumat lanjut mengenai penjualan tiket dan program D23 Asia akan diumumkan kelak menerusi laman rasmi D23 Asia dan akaun Instagram @D23Asia.
