Kakimuvee
Berita LokalSuperhero / Live-Action / Comic

Spider-Man Menghiasi Langit Kuala Lumpur Menerusi Pertunjukan Drone Dan Bunga Api Yang Spektakular

Spider-Man: Brand New Day Light Show Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2026 – Langit Kuala Lumpur menjadi tumpuan hujung minggu lalu apabila ribuan peminat membanjiri Raintree Plaza, The Exchange TRX untuk menyaksikan pertunjukan cahaya Spider-Man: Brand New Day yang dianjurkan oleh Sony Pictures Entertainment Malaysia.

Berlangsung selama dua malam pada 24 dan 25 Julai 2026, acara istimewa itu memukau penonton menerusi persembahan 600 dron yang diselaraskan secara serentak, lengkap dengan pertunjukan bunga api yang mengagumkan sehingga mengubah langit malam Kuala Lumpur menjadi pentas sinematik sempena tayangan filem Spider-Man: Brand New Day.

Persembahan tersebut menampilkan formasi udara yang diinspirasikan daripada Spider-Man, penceritaan visual yang memukau serta koreografi dron yang diselaraskan dengan begitu teliti.

Gabungan elemen-elemen ini mencipta pengalaman yang sukar dilupakan buat peminat daripada pelbagai peringkat usia, sekali gus meraikan kemunculan semula adiwira kejiranan paling disayangi di dunia.

Selain pertunjukan di ruang udara, pengunjung turut dibawa menyelami dunia Spider-Man: Brand New Day menerusi aktiviti khas bertemakan jalanan New York yang diinspirasikan daripada kejiranan ikonik Spider-Man.

Pengalaman imersif itu menampilkan pelbagai pemasangan bertema serta lokasi bergambar yang membolehkan pengunjung merasai suasana dunia Spider-Man sebelum menyaksikan pertunjukan dron dan bunga api yang berlangsung pada waktu malam.

"Kami mahu memberikan sambutan yang benar-benar istimewa kepada peminat Spider-Man di Malaysia. Daripada pengalaman bertemakan New York sehinggalah kepada pertunjukan dron dan bunga api yang mengagumkan, semuanya dilakukan sebagai cara kami meraikan tayangan Spider-Man: Brand New Day bersama para peminat dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan,"kata Catherine Chai, Pengarah Pemasaran Sony Pictures Entertainment Malaysia.

Spider-Man: Brand New Day, antara filem paling dinantikan tahun ini, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Khamis, 30 Julai 2026.

Tempahan awal tiket kini dibuka di semua rangkaian pawagam utama di seluruh negara.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Astro Dan SKMM Berganding Bahu Dalam Siri ‘Maara’ Promosi Kesedaran Internet Selamat

Karim Khan

Mahershala Ali Respons Kenyataan Kevin Feige Mengenai Kegagalan Blade

Karim Khan

Pemuja Syaitan Bawa Misteri Ke Layar Perak, Tampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar

Karim Khan

Filem Jangkar Perkenal Poster Baharu, Angkat Tragedi Berdarah 1972 Ke Layar Perak

Karim Khan

Penggambaran Avengers: Secret Wars Dilaporkan Mungkin Ditangguhkan Lagi Hingga 2027

Karim Khan

Scarlett Johansson Jadi Poison Ivy Dalam The Batman: Part II?

Karim Khan

Leave a Comment