Kakimuvee
Horror

Robert Eggers Dedah Sinopsis Rasmi ‘Werwulf’, Filem Serigala Jadian Berlatar Zaman Pertengahan

Focus Features telah berkongsi sinopsis rasmi pertama untuk filem seram terbaru ‘Werwulf’ arahan Robert Eggers.

Sinopsis ringkas yang dikongsikan berbunyi:

“Saksikan karya paling ganas dan menghantui daripada Robert Eggers. Focus Features mempersembahkan Werwulf, sebuah kisah mengerikan tentang pengabdian, kutukan dan syaitan yang bersemadi dalam diri manusia.”

Selain itu, Eggers turut berkongsi beberapa maklumat menarik mengenai filem tersebut dalam satu temu bual bersama Esquire. Menurut pengarah Nosferatu dan The Witch itu, penonton tidak seharusnya mengharapkan elemen klise filem serigala jadian yang sering digunakan dalam filem-filem sebelum ini.

“Perkara menarik apabila kembali ke masa lampau ialah kita boleh menekan butang reset. Jadi semua klise seperti digigit serigala jadian, peluru perak dan pelbagai elemen lain yang kini kelihatan agak ‘campy’ tidak wujud dalam mitologi filem ini,” jelas Eggers.

Beliau turut menegaskan bahawa penonton tidak perlu menonton filem klasik seperti The Wolf Man atau An American Werewolf in London untuk memahami dunia Werwulf.

Sebaliknya, inspirasi filem ini datang daripada sejarah dan cerita rakyat England yang jauh lebih lama.

Eggers mendedahkan bahawa usaha besar-besaran pernah dilakukan untuk menghapuskan populasi serigala di England bagi melindungi industri bulu biri-biri ketika itu.

“Saya mendapati bahawa kerana perlindungan terhadap perdagangan bulu, terdapat usaha besar untuk menghapuskan semua serigala di England dan ia agak berjaya. Jadi filem ini berlaku sekitar tahun 1300, iaitu tempoh paling lewat yang sesuai kerana apabila serigala sudah tiada di England, legenda manusia serigala juga mula lenyap,” katanya.

Menurut Eggers lagi, latar zaman pertengahan itu sendiri menjadi salah satu aspek paling menarik dalam pembangunan filem tersebut.

Artikel Berkaitan:  Lionsgate Bangunkan Filem Baharu Leprechaun

Berlatarbelakangkan England abad ke-13, Werwulf mengisahkan kemunculan makhluk misteri yang mula memburu penduduk tempatan sehingga cerita rakyat yang selama ini dianggap mitos bertukar menjadi realiti yang menakutkan.

Filem ini dibintangi oleh Aaron Taylor-Johnson, Lily-Rose Depp, Willem Dafoe, Ralph Ineson dan Bodhi Rae Breathnach.

Werwulf dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 25 Disember 2026.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Pemuja Syaitan Bawa Misteri Ke Layar Perak, Tampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar

Karim Khan

Brie Larson Bintangi Filem Creature Horror Skeletons, Bakal Tayang Pada Jun 2027

Karim Khan

Heart Eyes 2 Tukar Tarikh Tayangan Ke Februari 2028

Karim Khan

Resident Evil Dijangka Pecahkan Rekod Pembukaan Box Office Francais

Karim Khan

Possessed: Filem Seram Thailand Tayang Di Malaysia Ogos Ini

Karim Khan

Cara Menonton Filem Insidious Mengikut Urutan Kronologi

Karim Khan

Leave a Comment