Kakimuvee
AsianDisneyPlusStreaming

The Remarried Empress Tayang 4 November Secara Eksklusif Di Disney+

Remarried Empress

Disney+ bakal menampilkan sebuah kisah percintaan yang turut dibayangi perebutan kuasa menerusi siri romantik epik The Remarried Empress, yang akan mula ditayangkan secara eksklusif pada 4 November 2026.

Siri 10 episod ini menjalani penggambaran di pelbagai lokasi, termasuk kawasan berlatarbelakangkan pemandangan luas, istana Eropah dan set berskala besar. Teaser trailer serta key art yang diperkenalkan hari ini turut memberikan gambaran awal mengenai kisah yang bakal dibawakan.

Diadaptasi daripada NAVER WEBTOON popular dengan judul sama yang telah mengumpul hampir 3 bilion tontonan setakat ini, The Remarried Empress mengisahkan hubungan antara Empress Navier dan suaminya, Emperor Sovieshu dari Eastern Kingdom.

Hubungan mereka mula berubah apabila Sovieshu jatuh cinta dengan seorang hamba yang melarikan diri. Dalam usaha untuk memenangi hati wanita tersebut, Sovieshu sanggup melakukan apa sahaja sehingga menyebabkan hubungan rumah tangganya dengan Navier semakin retak.

Navier bagaimanapun enggan mengorbankan maruah dirinya. Dia akhirnya bersetuju dengan permintaan maharaja tersebut dengan satu syarat – dia dibenarkan berkahwin semula dengan Crown Prince Heinrey dari Western Kingdom, yang juga merupakan pesaing Sovieshu.

Keputusan itu kemudiannya membawa kepada sebuah kisah yang dipenuhi cinta, nafsu dan penyesalan, selain mengancam nasib sebuah kerajaan ketika Navier berusaha mendapatkan kembali kuasanya.

Shin Mina (Karma, Hometown Cha-Cha-Cha) membawakan watak Empress Navier, manakala Ju Jihoon (Light Shop, The Trauma Code: Heroes on Call) memainkan watak Emperor Sovieshu.

Turut membintangi siri ini ialah Lee Jongsuk (Big Mouth) sebagai Crown Prince Heinrey dan Lee Seyoung (The Red Sleeve, The Crowned Clown) sebagai Rashta, seorang hamba yang melarikan diri.

Dari segi produksi, The Remarried Empress diadaptasi untuk skrin oleh Yeoh Geena dan Hyun Choongyeol, manakala Cho Suwon (Still 17, Pinocchio) bertindak sebagai pengarah.

Artikel Berkaitan:  Possessed: Filem Seram Thailand Tayang Di Malaysia Ogos Ini

Siri ini akan membuka tayangan dengan empat episod pada 4 November. Dua episod baharu kemudiannya akan ditayangkan setiap Rabu sehingga episod terakhir pada 25 November, secara eksklusif di Disney+.

Selain The Remarried Empress, Disney+ turut menawarkan beberapa Korean Originals lain seperti Made In Korea, yang mengisahkan seorang ejen CIA Korea yang menggunakan urusan perniagaan haram dalam dunia bawah tanah untuk memenuhi keinginannya terhadap kuasa.

Turut tersedia ialah Tempest, mengenai sebuah konspirasi global yang mengancam kestabilan Semenanjung Korea, serta Moving, yang mengikuti sekumpulan ejen khas Korea Selatan dalam usaha melindungi anak-anak mereka yang mempunyai kuasa luar biasa daripada bahaya dan eksploitasi.

Empat episod pertama The Remarried Empress akan mula distrim pada 4 November 2026, secara eksklusif di Disney+.

Remarried Empress

Remarried Empress

Remarried Empress

Remarried Empress

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Netflix Lancar Trailer Terbaru Filem Perang The Mosquito Bowl

Karim Khan

Filem Terbaru Stephen Chow, “Kung Fu Soccer,’ Raih Lebih RM65 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

Karim Khan

A Love Other Than Yours: Seo Kangjun & Ahn Eun-jin Bintangi Drama Romantik Baharu Prime Video

Karim Khan

Trailer Baharu Harry Potter Dedahkan Snape, Quidditch Dan Voldemort?

Karim Khan

Bae Suzy Bakal Terajui Drama Fantasi Sejarah Netflix ‘Men of the Harem’

Karim Khan

The Mosquito Bowl: Filem Perang Dunia Kedua Netflix Bakal Tayang November 2026

Karim Khan

Leave a Comment