Kakimuvee
AsianNetflixStreaming

The Early Spring Raih No. 2 Netflix Global, Tembusi 22 Pasaran

The Early Spring Raih No. 2 Netflix Global

Drama romantik pejabat berbahasa Mandarin, The Early Spring, terus mencuri perhatian penonton global apabila menduduki tempat kedua dalam senarai Global Non-English TV Netflix bagi minggu 24 hingga 30 Ogos.

Dibintangi Jing Bo-ran dan Sun Qian, siri arahan Chiang Chi-cheng itu mencatatkan 2.4 juta tontonan dengan jumlah 21.5 juta jam tontonan pada minggu pertamanya dalam carta global Netflix.

Pencapaian tersebut turut menyaksikan The Early Spring menembusi senarai Weekly Top 10 di 22 pasaran, termasuk Malaysia, Indonesia, Brazil, Venezuela dan Qatar. Siri berkenaan turut menduduki tempat pertama dalam carta TV mingguan Netflix di Thailand, Taiwan, Hong Kong dan Vietnam.

The Early Spring Raih No. 2 Netflix Global

The Early Spring Raih No. 2 Netflix Global

The Early Spring mula ditayangkan secara global di Netflix pada 26 Ogos. Siri ini mengisahkan Luke Luan (Jing Bo-ran), seorang eksekutif korporat yang bijak dan berpengalaman, serta Flora Shang (Sun Qian), seorang pendatang baharu dalam dunia korporat yang penuh semangat dan keikhlasan.

Ketika kedua-duanya cuba menyesuaikan diri dengan tekanan serta tuntutan dunia pekerjaan yang pantas, hubungan mereka berkembang menjadi percintaan rahsia di pejabat. Namun, hubungan tersebut berdepan risiko untuk menjejaskan segala yang telah mereka bina dalam kehidupan dan kerjaya.

Antara faktor utama yang mendapat perhatian penonton ialah keserasian Jing Bo-ran dan Sun Qian sebagai Luke dan Flora. Hubungan kedua-dua watak itu dibina secara perlahan, dengan ketegangan romantik dan momen intim yang memberikan gambaran lebih matang mengenai cinta.

Jing Bo-ran memainkan watak Luke, seorang pengarah kreatif yang tajam percakapannya, bergaya dan mempunyai karisma tersendiri. Menurut penulis skrip dan penerbit Gao Xiao-xian, Jing memberikan perhatian yang besar terhadap perkembangan emosinya.

“Jing Bo-ran sentiasa datang dengan persediaan. Sebelum penggambaran, kami akan berbincang secara terperinci mengenai perjalanan emosi wataknya,” katanya.

Artikel Berkaitan:  Teaser Pertama Siri Carrie Dedah Kisah Baharu Adaptasi Stephen King Oleh Mike Flanagan

Jing turut terlibat dalam membentuk imej Luke di skrin. Pelakon itu menggunakan beberapa pakaian daripada koleksi peribadinya selain mendapatkan sokongan jenama-jenama utama bagi menyerlahkan penampilan wataknya yang mengikuti perkembangan fesyen.

Dia juga menjalani latihan fizikal hampir setiap hari sepanjang tempoh penggambaran bagi menjayakan peranan tersebut.

The Early Spring Raih No. 2 Netflix Global

Sementara itu, Sun Qian membawa watak Flora Shang, seorang pekerja baharu yang terjebak dalam hubungan rumit dengan bosnya sendiri, Luke.

Sun mengakui bahawa dia pada mulanya berasa malu dan gementar ketika menjalani babak-babak intim kerana tidak mempunyai banyak pengalaman dengan adegan sebegitu sebelum ini. Kehadiran penyelaras keintiman bagaimanapun membantu menjadikan proses penggambaran lebih selesa dan semula jadi.

Antara babak yang paling diingatinya ialah adegan “body charades”, yang menurut Sun hampir membuatkan fikirannya kosong ketika menjalani penggambaran.

Persembahan Sun turut mendapat pujian kerana kehadirannya yang bersahaja di skrin serta lakonan yang ekspresif dan berlapis. Malah, dia melihat persamaan tertentu antara dirinya dengan Flora.

Seperti wataknya, Sun berasal dari Harbin sebelum berpindah ke Beijing untuk mengejar kerjaya. Menariknya, perjalanan Flora dalam siri ini merentasi tempoh 10 tahun, manakala tahun ini turut menandakan tahun ke-10 Sun dalam industri hiburan.

“Saya rasa sangat terhubung dengan perjalanan hidupnya,” kata Sun.

The Early Spring Raih No. 2 Netflix Global

Dia turut berharap penonton dapat mengambil inspirasi daripada watak Flora yang digambarkan sebagai seorang wanita muda yang berani, tabah dan gigih dalam mengejar impiannya.

Keserasian Jing dan Sun juga menjadi antara topik yang sering diperkatakan penonton, dengan ramai menyifatkan mereka sebagai pilihan pelakon yang tepat untuk watak Luke dan Flora.

Pengarah Chiang Chi-cheng berkata perbezaan karakter serta chemistry antara kedua-dua pelakon terasa semula jadi dan tidak menyerupai pasangan tipikal dalam drama romantik idol.

Artikel Berkaitan:  Review The Whisper Man: Perlahan, Flat dan Kurang Mendebarkan

“Mereka bukan pasangan konvensional dalam drama idol dan mempunyai kehadiran serta rentak emosi tersendiri,” jelas Chiang.

Gao Xiao-xian pula berkata keutamaan pasukan produksi ketika memilih pelakon adalah memastikan mereka bukan sahaja mampu menghidupkan karakter asal, tetapi turut menyampaikan kedalaman emosi setiap watak.

Menurutnya, Jing berjaya menampilkan sisi Luke yang kemas, sofistikated dan penuh daya tarikan, manakala Sun memberikan keseimbangan antara semangat muda dan kematangan dalam perjalanan perkembangan karakter Flora.

Bagi Chiang, The Early Spring sejak awal lagi dirancang untuk tampil berbeza daripada drama romantik konvensional, termasuk dari aspek visual, dinamika karakter dan cara hubungan intim digambarkan.

“Saya mahu menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada drama romantik biasa dan meneroka cinta daripada perspektif yang lebih matang,” katanya.

Chiang turut mengakui bahawa dia tidak menyangka siri tersebut akan mendapat sambutan sebegitu luas daripada penonton antarabangsa.

“Saya tidak pernah menjangkakan siri ini akan mendapat respons daripada begitu ramai penonton, jadi sambutan yang diterima benar-benar memberikan kepuasan.”

Buat masa ini, 13 episod pertama The Early Spring sudah boleh distrim di Netflix di seluruh dunia, manakala episod seterusnya akan hadir tidak lama lagi.

Dengan kisah percintaan Luke dan Flora yang masih berada di peringkat awal, nampaknya masih banyak perkara yang bakal berkembang dalam “musim bunga” hubungan mereka.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

The Witcher Musim 5 Ditunda, Musim Akhir Kini Dilaporkan Akan Tayang Pada 2027

Karim Khan

Filem Sci-Fi Epik ‘HOPE’ Arahan Na Hong-jin Ke Pawagam Malaysia 10 September Ini

Farah

John Cena Tampil Dalam Treler Rasmi Beroktan Tinggi – Matchbox The Movie

Karim Khan

Kokuho, Filem Pemenang Anugerah Dari Jepun Bakal Ditayangkan Di Pawagam Malaysia Julai Ini

Karim Khan

Monster: The Lizzie Borden Story Akan Tayang September Ini

Farah

Lilo & Stitch 2: Pandangan Pertama Makhluk Asing Merah Jambu, Angel

Karim Khan

Leave a Comment