Kakimuvee
HorrorOfficial TrailerShudder

Treler Pertama ‘Nightborn’ Tampil Seram, Rupert Grint Berdepan Bayi Peminum Darah

Platform penstriman seram Shudder akhirnya melancarkan treler pertama Nightborn, filem seram terbaharu arahan Hanna Bergholm, pengarah yang sebelum ini mencuri perhatian menerusi Hatching.

Berdasarkan treler yang dikongsi, Nightborn dilihat masih mengekalkan gaya penceritaan gelap dan visual mengganggu yang menjadi identiti Bergholm, sekali gus menjanjikan pengalaman seram psikologi yang penuh ketegangan.

Filem ini mengisahkan Saga (Seidi Haarla) dan suaminya, Jon (Rupert Grint), yang berpindah ke sebuah rumah terpencil di tengah hutan Finland dengan impian membina keluarga yang sempurna.

Namun, sebaik sahaja anak mereka dilahirkan, Saga mula menyedari sesuatu yang tidak kena dengan bayinya walaupun orang di sekeliling menganggap semuanya normal.

Ketika hubungan rumah tangga mereka mula bergolak, Jon berusaha menyokong isterinya, namun hanya Saga yang percaya terdapat rahsia mengerikan di sebalik kelahiran anak mereka.

Treler turut memperlihatkan pasangan itu berdepan bayi yang memiliki sifat ganas serta ketagihan terhadap darah, sekali gus memberi bayangan bahawa Nightborn bakal menyajikan gabungan elemen seram tubuh (body horror), psikologi dan drama kekeluargaan.

Selain Seidi Haarla dan Rupert Grint, filem ini turut dibintangi Pamela Tola, Pirkko Saisio, Rebecca Lacey, John Thomson dan Silvia Saloranta.

Nightborn digambarkan sebagai sebuah dongeng gelap yang ngeri mengenai keibuan dan kasih sayang seorang ibu yang tidak bersyarat. Hanna Bergholm mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis bersama Ilja Rautsi.

Nightborn dijadualkan mula distrim secara eksklusif di Shudder bermula 31 Julai.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Resident Evil Dijangka Pecahkan Rekod Pembukaan Box Office Francais

Karim Khan

Facing El Chapo: Filem Jenayah Netflix Mengenai Pertemuan Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki

Karim Khan

Percy Jackson And The Olympians Musim 3 Tayang November, Teaser Rasmi Didedahkan

Farah

Gareth Edwards Tidak Akan Mengarahkan Filem Baharu Jurassic World

Karim Khan

Teaser Star Wars: Ahsoka Musim 2 Telah Dilancarkan, Tayangan Januari 2027

Karim Khan

Resident Evil Zach Cregger Guna Monster Praktikal Seberat 900 Kilogram

Karim Khan

Leave a Comment