Kakimuvee
BeritaHorror

Kutipan Box Office ‘Obsession’ Kini Cecah RM403 Juta, Kekal Filem Seram Paling Laris 2026

Filem seram indie Obsession terus mencipta sejarah apabila kutipan box officenya kini mencecah AS$403 juta (sekitar RM1.9 bilion) di seluruh dunia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai filem seram dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2026 setakat ini.

Hanya sebulan lalu, Obsession dilaporkan berjaya melepasi kutipan AS$200 juta. Namun, filem arahan Curry Barker itu kini hampir menggandakan jumlah tersebut, dengan kutipan AS$245.3 juta diperoleh di pasaran Amerika Utara sahaja.

Apa yang lebih mengagumkan, Obsession dihasilkan dengan kos produksi yang dilaporkan hanya sekitar AS$750,000. Selepas siap diterbitkan, hak pengedaran filem itu dibeli oleh Focus Features pada nilai kira-kira AS$15 juta.

Pelaburan tersebut nyata membuahkan hasil apabila Obsession kini muncul bukan sahaja sebagai filem seram paling laris tahun ini, malah antara filem paling menguntungkan dalam sejarah perfileman berdasarkan nisbah kos produksi dan kutipan box office.

Kejayaan Obsession turut dijangka berterusan selepas filem itu mula ditawarkan dalam versi digital minggu lalu. Walaupun pendapatan daripada platform digital tidak didedahkan secara rasmi, ia dipercayai terus mencatat prestasi memberangsangkan.

Versi fizikal dalam format 4K Ultra HD dan Blu-ray pula dijadualkan menemui peminat minggu hadapan.

Hampir dua bulan selepas ditayangkan di pawagam, Obsession masih kekal berada dalam kelompok 10 filem terlaris di box office Amerika Utara.

Sepanjang hujung minggu sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, filem itu masih berjaya menambah kutipan sebanyak AS$5.3 juta, membuktikan sambutan penonton masih belum menunjukkan tanda-tanda reda.

Dalam perkembangan sama, filem seram Backrooms terbitan A24 dan diarahkan Kane Parsons turut mencatat prestasi cemerlang apabila berjaya mengumpul AS$349.7 juta di seluruh dunia, sekali gus memberikan saingan sengit kepada Obsession.

Persaingan sihat antara kedua-dua judul ini dilihat memberi manfaat kepada peminat genre seram yang terus disajikan dengan pelbagai naskhah berkualiti di pawagam.

Seterusnya, perhatian kini beralih kepada Evil Dead Burn, filem terbaharu dalam francais Evil Dead yang bakal menemui penonton di pawagam pada hujung minggu ini.

Sumber: Bloody Disgusting

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Other Mommy Mengandungi 50 Jump Scare?

Karim Khan

A24 Bangunkan Filem SCP Foundation Sebagai Sebahagian Daripada Francais V/H/S

Karim Khan

Filem Crossover Transformers & G.I. Joe Tidak Lagi Dalam Pembangunan

Karim Khan

Netflix Bakal Tampilkan Filem Thriller Thailand ‘The Debt Collector’

Karim Khan

Studio Yang Terbitkan ‘Parasite’ Akan Bawa ‘Pengabdi Setan 3: Origin’ Ke Pasaran Global

Karim Khan

Live-Action Moana Dibuka Perlahan, Toy Story 5 Lepasi AS$400 Juta Di Box Office Global

Karim Khan

Leave a Comment