Kakimuvee
DisneyPlusHorrorOfficial TrailerStreaming

American Horror Story 13 Tampilkan Reunion Watak Ikonik Dalam Trailer Baharu

FX telah mendedahkan trailer rasmi American Horror Story 13, yang bakal menghimpunkan semula barisan pelakon serta watak ikonik daripada musim-musim terdahulu.

Musim ke-13 ini nampaknya bakal menjadi antara acara terbesar dalam sejarah francais American Horror Story, dengan pencipta Ryan Murphy menggambarkannya sebagai musim “greatest hits” yang membawa kembali pelbagai watak kegemaran peminat.

Berbeza daripada musim-musim sebelumnya, pelakon yang kembali kali ini bukan sekadar membawakan watak baharu. Mereka akan menghidupkan semula watak yang pernah mereka lakonkan dalam musim terdahulu, malah sebahagian daripada mereka bakal membawa lebih daripada satu watak.

Antaranya, Sarah Paulson kembali sebagai Cordelia Goode, Jessica Lange sebagai Constance Langdon, manakala Evan Peters akan kembali sebagai Kai Anderson.

John Carroll Lynch pula mengulangi watak Twisty the Clown yang diperkenalkannya dalam American Horror Story: Freak Show.

Selain mereka, musim baharu ini turut menampilkan Angela Bassett, Kathy Bates, Emma Roberts, Billie Lourd, Gabourey Sidibe, Leslie Grossman, Joey Pollari dan pelakon lain yang pernah menjadi sebahagian daripada dunia American Horror Story.

Barisan pelakon turut disertai Avantika, Jamie Brewer, Elle Chapman, Berto Colon, Alex Consani, Frances Conroy, Mat Fraser, Seth Gabel, Orlando Jones, Paul Anthony Kelly, Tig Notaro, Madelaine Petsch, Fedor Steer, Mena Suvari, Zach Villa, John Waters dan ramai lagi.

Dengan jumlah watak lama yang kembali, American Horror Story 13 dilihat sebagai sebuah reunion besar untuk francais tersebut - seakan-akan versi Avengers: Endgame bagi dunia AHS.

Musim ini akan terdiri daripada 13 episod berdurasi sekitar 30 minit setiap satu, dengan episod akhir dijadualkan tiba menjelang Halloween.

akan mula ditayangkan pada 24 September menerusi FX dan Hulu. Untuk penonton di Malaysia, anda boleh saksikan siri ini di Disney+ Hotstar.

Saksikan trailer rasmi American Horror Story 13 di bawah.

Poster American Horror Story 13

Sumber: Bloody Disgusting

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Steven Yeun Bakal Terajui Siri Supernatural Netflix, Pagans

Karim Khan

Prime Video Perlihat Treler Baharu The Lord of The Rings: The Rings of Power Musim Ketiga Di SDCC 2026

Karim Khan

Masters of the Universe Kuasai Carta Nielsen, Buka Harapan Untuk Sekuel?

Karim Khan

Netflix Lancar Trailer Terbaru ONE PIECE: Into the Grand Line

Karim Khan

Blade Runner 2099 Tayang November Ini, Prime Video Dedah Teaser Pertama

Karim Khan

Sweetpea Musim 2: Ella Purnell Kembali Membunuh Dalam Teaser Terbaharu

Farah

Leave a Comment