Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Trailer Crystal Lake Dedahkan Misteri Di Sebalik Jason Voorhees

Selama lebih empat dekad, kisah Jason Voorhees berkembang daripada seorang kanak-kanak yang mati lemas di Crystal Lake kepada salah satu ikon pembunuh paling dikenali dalam sejarah filem seram. Namun, bagaimana sebenarnya Jason kembali daripada kematian masih menjadi salah satu persoalan yang tidak pernah benar-benar dijawab oleh francais Friday the 13th.

Persoalan itu menjadi teras kepada Crystal Lake, siri prekuel terbitan A24 dan Peacock yang kini memperlihatkan trailer rasminya.

Siri ini kembali ke tahun 1971, ketika Jason masih kecil dan tragedi yang meragut nyawanya berlaku di Crystal Lake. Kisah kemudian beralih kepada ibunya, Pamela Voorhees, yang masih bergelut menerima kehilangan anaknya.

Namun bagi Pamela, Jason mungkin belum benar-benar pergi.

Selepas seorang kanak-kanak lelaki yang sakit-sakitan itu dipercayai mati hampir setahun sebelumnya, Pamela masih yakin anaknya berada di suatu tempat. Kepercayaan tersebut mula membuka jalan kepada persoalan yang lebih besar mengenai apa sebenarnya berlaku kepada Jason selepas tragedi itu.

Trailer turut memberikan petunjuk bahawa ada pihak yang mengetahui sesuatu tentang Pamela dan Jason yang selama ini disembunyikan daripada penduduk Crystal Lake.

“Bagaimana agaknya orang baik di Crystal Lake akan bertindak jika mereka tahu siapa kamu dan Jason sebenarnya?”

Persoalan tersebut menjadi antara petunjuk paling menarik dalam trailer kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Crystal Lake bukan sekadar mahu mengulang kisah asal Friday the 13th. Sebaliknya, siri ini akan menggunakan kisah Pamela untuk meneroka mitologi Jason dan bagaimana figura tersebut akhirnya menjadi pembunuh yang dikenali peminat.

Tonton trailer dibawah:

Linda Cardellini mengetuai siri ini sebagai Pamela Voorhees, manakala Callum Vinson (Chucky) memainkan watak Jason ketika kecil.

Artikel Berkaitan:  A24 Bangunkan Filem SCP Foundation Sebagai Sebahagian Daripada Francais V/H/S

Crystal Lake menampilkan lapan episod dengan Brad Caleb Kane (IT: Welcome to Derry) sebagai showrunner. Michael Lennox (Derry Girls), Celine Held dan Logan George (Caddo Lake), serta Quyen Tran (The Pitt) bertindak sebagai pengarah.

William Catlett, Devin Kessler, Cameron Scoggins dan Gwendolyn Sundstrom turut menjadi pelakon tetap, manakala Nick Cordileone, Joy Suprano, Danielle Kotch dan Phoenix Parnevik muncul dalam watak berulang.

Kesemua lapan episod Crystal Lake akan mula ditayangkan pada 15 Oktober 2026 menerusi Peacock.

Poster siri Crystal Lake
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Reboot The X-Files Selesai Jalani Penggambaran Episod Perintis

Karim Khan

Poster Baharu Hope Perlihatkan Raksasa Ganas Dalam Filem Arahan Na Hong-jin

Karim Khan

Durasi Tayangan Filem Reboot ‘Resident Evil’ Telah Didedahkan

Karim Khan

Remake Possession Tambah Tiga Lagi Pelakon, Penggambaran Kini Sedang Berjalan

Karim Khan

Resident Evil Dijangka Pecahkan Rekod Pembukaan Box Office Francais

Karim Khan

Crawlers: Filem Seram Labah-Labah Tayang 1 Oktober 2026

Farah

Leave a Comment