Kakimuvee
Horror

Resident Evil Dijangka Pecahkan Rekod Pembukaan Box Office Francais

Resident Evil

Filem terbaru Resident Evil arahan Zach Cregger dijangka mencatat pembukaan terbesar dalam sejarah francais seram tersebut di pasaran AS apabila ditayangkan pada 18 September 2026.

Menurut laporan Variety, filem reboot terbitan Sony Pictures itu diunjurkan meraih kutipan antara AS$40 juta hingga AS$50 juta pada hujung minggu pembukaan. Beberapa unjuran bebas pula meletakkan kutipan filem tersebut berpotensi melepasi AS$50 juta dan menghampiri AS$60 juta.

Jika angka tersebut berjaya dicapai, reboot Resident Evil ini akan mengatasi rekod pembukaan domestik yang kini dipegang Resident Evil: Afterlife, yang meraih AS$26.6 juta ketika ditayangkan pada 2010.

Filem terbaharu ini juga hadir dengan anggaran kos produksi sekitar AS$75 juta, menjadikan prestasi awalnya di pawagam sesuatu yang menarik untuk diperhatikan, terutama selepas sambutan terhadap karya Cregger sebelum ini, Weapons.

Filem tersebut mencatat kutipan pembukaan AS$42.5 juta pada 2025 dan dihasilkan dengan bajet sekitar AS$38 juta.

Resident Evil tampil dengan cerita baharu

Berbeza daripada filem-filem terdahulu yang banyak bergantung pada watak ikonik francais, versi Cregger mengambil pendekatan yang lebih berbeza

Filem ini mengisahkan Bryan (Austin Abrams), seorang penghantar perubatan yang terperangkap dalam kekacauan selepas wabak T-virus tercetus ketika dia diarahkan untuk menghantar barangan perubatan ke Raccoon City General Hospital. Bryan kemudiannya terpaksa berjuang untuk terus hidup ketika berdepan makhluk yang telah dijangkiti T-virus.

Watak seperti Leon S. Kennedy dan Claire Redfield tidak menjadi sebahagian daripada cerita kali ini. Sebaliknya, Cregger memilih untuk mengetengahkan watak baharu dan pengalaman seorang individu biasa yang cuba bertahan dalam situasi yang semakin tidak terkawal.

Pendekatan itu turut membolehkan filem ini memberi tumpuan kepada elemen survival horror yang menjadi identiti permainan video Resident Evil, tanpa terikat kepada jalan cerita filem-filem terdahulu.

Reaksi awal terhadap filem ini juga menunjukkan sambutan positif daripada sebahagian pengkritik dan media selepas tayangan awal, dengan pujian diberikan terhadap elemen seram, aksi ganas serta pendekatan Cregger terhadap bahan asal.

Resident Evilkini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Teaser Baharu Resident Evil Tampilkan Makhluk Mirip Las Plagas

Karim Khan

Mike P. Nelson Akan Arahkan Filem Terbaru Saw, James Wan Kembali Sebagai Penerbit

Karim Khan

Whalefall Bina Set Perut Paus Sebenar Untuk Berikan Gambaran Yang Lebih Realistik

Karim Khan

Sony Dilapor Bangunkan Ghostbusters: Nightmare on 34th Street

Karim Khan

Hivemind: Samara Weaving Dan Nicholas Braun Bintangi Filem Thriller Yang Berkisarkan Tebuan Pembunuh

Karim Khan

Pemuja Syaitan: Filem Seram Sulung Liyana Jasmay Bakal Menghantui Pawagam 15 Oktober Ini

Karim Khan

Leave a Comment