Kakimuvee
Berita Lokal

Zulkarnain Azhar Kecewa Polong Masuk Netflix, Perancangan Director’s Cut Dibatalkan

Zulkarnain Azhar, Polong

Pengarah Polong, Zulkarnain Azhar meluahkan kekecewaan selepas filem seram arahannya itu disahkan akan memasuki Netflix pada 17 September 2026.

Kemunculan Polong dalam katalog akan datang platform tersebut mula disedari peminat yang menemui judul berkenaan dalam senarai “Coming Soon”. Perkembangan itu kemudiannya mendapat perhatian selepas dikongsikan oleh beberapa pihak di media sosial.

Kehadiran filem Polong dalam senarai kandungan Netflix jelas bertentangan dengan pendirian pengarah itu yang tidak menyokong filem-filem tempatan memasuki OTT hanya beberapa bulan selepas ditayangkan di pawagam.

Dalam perkongsian terbaharu di Threads, Zulkarnain jelas kecewa apabila filem arahannya itu akhirnya memasuki Netflix. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak eksekutif serta penonton yang mahukan Polong memasuki OTT, sambil menyatakan bahawa langkah tersebut telah menguburkan visi Polong.

“Belasungkawa Polong. Dunia Polong terkubur dalam platform pengstriman. Semua rancangan Polong Director's Cut & Polong 2 dibatalkan. Tahniah kepada yang mendambakan Polong di OTT.”

“Tahniah kepada eksekutif kapitalis. Kini Polong terkubur selamanya kerana kamu. Takziah kepada yang mendambakan kisah Polong dikembangkan.”

Thread Zulkarnain Azhar

Niat Bawa Semula Polong Ke Pawagam Dibatalkan

Sebelum ini, Zulkarnain merancang untuk membawa Polong kembali ke pawagam menerusi versi Director’s Cut yang mengandungi beberapa babak tambahan serta elemen yang lebih mengerikan berbanding versi asal.

Rancangan tersebut diumumkan selepas filem berkenaan mencatat sambutan memberangsangkan di pawagam, dengan kutipan RM14.98 juta selepas 42 hari tayangan berdasarkan rekod yang dikongsikan sebelum ini.

Versi Director’s Cut itu sepatutnya memberikan peluang kepada penonton untuk menyaksikan potongan filem yang lebih dekat dengan visi asal pengarah.

Namun, selepas Polong disahkan akan tersedia di Netflix, Zulkarnain akhirnya memaklumkan bahawa rancangan tersebut tidak lagi diteruskan.

Artikel Berkaitan:  Filem Polong Akan Kembali Ke Pawagam Dengan Versi Director Cut Yang Lebih Mengerikan

Keputusan itu tentunya mengecewakan pengarah berkenaan, lebih-lebih lagi apabila tayangan semula tersebut pada asalnya dirancang sebagai usaha untuk membawa Polong kembali ke layar besar.

Walaupun Polong kini bakal mempunyai peluang untuk ditonton oleh penonton yang terlepas tayangan pawagam, keputusan tersebut pada masa sama menutup kemungkinan penonton menikmati versi Director’s Cut yang dirancang Zulkarnain di pawagam.

Zulkarnain Kembali Dengan Takluk 2: Op Daulat

Selepas Polong, Zulkarnain akan kembali dengan filem terbarunya, Takluk 2: Op Daulat, filem aksi yang merupakan kesinambungan kepada Takluk: Lahad Datu.

Filem tersebut dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 26 November 2026 dan dibintangi antaranya Syafiq Kyle, Remy Ishak serta Kamal Adli.

Bagaimanapun, Takluk 2: Op Daulat mempunyai kira-kira tiga minggu untuk berada di takhta pawagam sebelum terpaksa bersaing dengan dua filem besar Hollywood, Dune: Part Three dan Avengers: Doomsday, yang memasuki pawagam pada 17 Disember 2026.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Kudrat 1968: High Council Raih RM6.5 Juta Dalam Tempoh Tiga Hari Tayangan

Karim Khan

Belum Ditayangkan, Kudrat 1968: High Council Catat RM3 Juta Jualan Tiket Awal

Karim Khan

Astro Dan SKMM Berganding Bahu Dalam Siri ‘Maara’ Promosi Kesedaran Internet Selamat

Karim Khan

Terbang, Kudrat 1968, Big Stage Rocketfuel Antara Taruhan Terbaharu Astro 2026

Karim Khan

Bas Malam Lancar Teaser Poster Rasmi Menjelang Tayangan Oktober 2026

Karim Khan

Pemuja Syaitan Bawa Misteri Ke Layar Perak, Tampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar

Karim Khan

Leave a Comment