Kakimuvee
AsianOfficial Trailer

Filem Jangan Buang Ibu: Sinopsis, Barisan Pelakon dan Tarikh Tayangan Malaysia

Filem Indonesia Jangan Buang Ibu bakal menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 16 Julai 2026. Diterbitkan oleh Leo Pictures, filem bergenre drama keluarga ini diarahkan oleh Hadrah Daeng Ratu dan merupakan adaptasi daripada novel Jangan Buang Ibu, Nak karya Wahyu Derapriyangga.

Sinopsis

Jangan Buang Ibu mengisahkan Ristiana, seorang ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anaknya, Tama, Dewi dan Tria, selepas ditinggalkan suaminya. Walaupun hidup dalam serba sederhana dan perlu menanggung hutang yang ditinggalkan bekas suaminya, Ristiana bekerja keras demi memastikan anak-anaknya membesar dengan baik.

Namun, apabila usia semakin lanjut, Ristiana dihantar ke sebuah rumah jagaan warga emas oleh anak bongsunya. Keputusan tersebut menimbulkan konflik dalam keluarga dan menguji hubungan antara ibu dan anak-anaknya, yang berusaha membalas segala pengorbanan Ristiana sebelum terlambat.

Maklumat Filem

  • Tajuk: Jangan Buang Ibu
  • Pengarah: Hadrah Daeng Ratu
  • Penulis Skrip: Widya T. Arifianti
  • Berdasarkan Novel: Jangan Buang Ibu, Nak karya Wahyu Derapriyangga
  • Penerbit: Agung Saputra, Deni Saputra
  • Produksi: Leo Pictures
  • Genre: Drama, Keluarga
  • Durasi: 119 minit
  • Bahasa: Bahasa Indonesia
  • Negara: Indonesia
  • Tarikh Tayangan Indonesia: 25 Jun 2026
  • Tarikh Tayangan Malaysia: 16 Julai 2026

Barisan Pelakon

Filem ini dibintangi oleh:

  • Nirina Zubir
  • Refal Hady
  • Amanda Manopo
  • Saputra Kori
  • Dwi Sasono
  • Basmalah Gralind
  • Fadly Faisal
  • Erika Carlina
  • Saskia Chadwick
  • Farrell Rafisqy
  • Nunung

Tonton Treler Rasmi

Pihak produksi telah melancarkan poster dan treler rasmi Jangan Buang Ibu menjelang tayangannya di pawagam. Treler tersebut memperlihatkan perjalanan hidup Ristiana sebagai seorang ibu yang berusaha membesarkan anak-anaknya dalam serba kekurangan serta konflik keluarga yang menjadi tunjang utama penceritaan filem ini.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Treler Akhir Spider-Man: Brand New Day Tayang Aksi Terbesar Peter Parker

Karim Khan

Trailer Pertama Ebenezer Paparkan Johnny Depp Sebagai Scrooge Dalam Versi Gelap A Christmas Carol

Karim Khan

Possessed: Filem Seram Thailand Tayang Di Malaysia Ogos Ini

Karim Khan

Trailer Heart of the Beast: Brad Pitt Dan Anjing Tempur Berjuang Untuk Hidup Di Alaska

Karim Khan

CODE: Nam Joo Hyuk Bintangi Siri Thriller Jenayah Baharu Disney+

Farah

Tiba Tiba Setan – Filem Seram Komedi Indonesia Yang Menggabungkan Misteri dan Hantu

Karim Khan

Leave a Comment