Kakimuvee
Berita Lokal

Poster Rasmi Baga: Esok Untuk Siapa Dilancarkan, Bakal Ditayangkan 5 November Ini

Poster rasmi filem Baga: Esok Untuk Siapa telah dilancarkan, sekali gus memperkenalkan sebuah filem drama tempatan yang mengangkat kisah cinta, kemiskinan dan cabaran kehidupan masyarakat di sebuah perkampungan pesisir pantai di Pantai Timur.

Diarahkan oleh Ariff Zulkarnain, filem terbitan Indigo Films Sdn Bhd ini menampilkan Amir Ahnaf dan Amirah Razak sebagai pelakon utama, dengan Syafiq Yusof dan Syafiq Kyle bertindak selaku penerbit.

Baga: Esok Untuk Siapa mengisahkan Jani dan Melur, sepasang kekasih yang mengimpikan kehidupan lebih baik di luar perkampungan mereka. Bagaimanapun, impian tersebut mula diuji apabila Melur berdepan kehamilan yang tidak dirancang, sekali gus memaksa mereka membuat keputusan sukar mengenai masa depan hubungan mereka.

Dalam usaha untuk mengubah nasib dan membina kehidupan yang lebih baik, Jani mengambil jalan berisiko dengan melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan dadah. Keputusannya itu membawa pasangan tersebut berdepan pelbagai cabaran yang melibatkan kemiskinan, ketagihan dan tekanan norma tradisi dalam komuniti mereka.

Selain Amir Ahnaf dan Amirah Razak, filem ini turut dibintangi Wan Hanafi Su, Cech Adrea, Kimal Mokhtar, Idham Maulana, Asrulfaizal dan Mat Over.

Diedarkan oleh SKOP Productions Sdn Bhd dengan strategi pemasaran oleh Primeworks Studios, Baga: Esok Untuk Siapa dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 November 2026.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Chelot Raih Kutipan RM10.7 Juta, Kekal Filem Nombor Satu

Karim Khan

‘Jerat’ Janji Pengalaman Seram Berbeza, Angkat Misteri Vila Lama Sebagai Teras Cerita

Karim Khan

Chelot Cecah RM19.5 Juta, Filem Sekuel Telah Diumumkan

Karim Khan

Chelot Catat RM16 Juta Selepas 18 Hari Tayangan

Karim Khan

Nas-T Mahu Cabar Diri Dengan Watak Di Luar Genre Aksi

Farah

“Ejen Ali In Concert” Raikan Ulang Tahun Ke-10, Bakal Berlangsung November Ini

Karim Khan

Leave a Comment