Kakimuvee
BeritaSuperhero / Live-Action / Comic

Ryan Coogler Kembali Ke Wakanda, David Jonsson Dipilih Sebagai Black Panther Baharu

Black Panther 3

Selepas kejayaan dua filem terdahulu, dunia Wakanda kini bersedia membuka lembaran baharu. Ketika panel Hall H di San Diego Comic-Con 2026, Ryan Coogler mengumumkan beliau akan kembali mengarahkan filem ketiga Black Panther, yang dijadualkan menemui penonton pada 15 Disember 2028.

Turut mencuri perhatian ialah pengumuman bahawa David Jonsson bakal menyarung sut Black Panther sebagai pewaris baharu legasi T’Challa dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Anak T’Challa Kini Dewasa

Coogler hadir ke pentas bersama Letitia Wright dan Winston Duke sebelum memperkenalkan David Jonsson kepada ribuan peminat yang memenuhi Hall H.

David Jonsson dan pengarah Ryan Coogler. Gambar: Marvel SDCC
David Jonsson dan pengarah Ryan Coogler. Gambar: Marvel

Menurut Coogler, watak yang akan dibawakan Jonsson bukanlah individu asing kepada peminat Black Panther. Sebaliknya, ia merupakan anak kepada T’Challa yang diperkenalkan pada penghujung Black Panther: Wakanda Forever.

“Kali terakhir kami menghasilkan filem ini, kami memperkenalkan anak kepada T’Challa. Dalam filem seterusnya, dia kini membesar dan melalui perjalanan menuju kedewasaan.”

Kenyataan tersebut mengesahkan bahawa Toussaint atau Putera T’Challa II bakal mengambil alih legasi Black Panther dalam filem akan datang.

David Jonsson Luah Rasa Terharu

Kemunculan Jonsson di atas pentas disambut dengan tepukan gemuruh daripada para peminat.

Pelakon yang dikenali menerusi Alien: Romulus dan The Long Walk itu mengakui cukup berbesar hati apabila dipilih menyertai keluarga besar Marvel Studios.

“Terima kasih Ryan, terima kasih Kevin, dan terima kasih kepada keluarga hebat ini kerana menerima saya. Saya tidak mahu mendedahkan terlalu banyak kerana saya mahu penonton menyaksikannya sendiri di layar perak. Apa yang boleh saya katakan, penghormatan ini benar-benar bermakna buat saya.”

Letitia Wright, Winston Duke, dan Ryan Coogler. Gambar: Marvel
Letitia Wright, Winston Duke, dan Ryan Coogler. Gambar: Marvel

Ryan Coogler Terus Menerajui Legasi Wakanda

Ryan Coogler mula memperkenalkan Wakanda kepada dunia menerusi Black Panther pada 2018 yang dibintangi mendiang Chadwick Boseman sebagai T’Challa. Selepas pemergian Boseman, beliau kembali mengarahkan Black Panther: Wakanda Forever pada 2022 dengan Letitia Wright mengambil alih peranan Black Panther sebagai Shuri.

Selain francais Black Panther, Coogler turut menjadi penerbit untuk siri Marvel Ironheart dan Eyes of Wakanda di Disney+.

Dengan David Jonsson kini dipilih sebagai Black Panther baharu, filem ketiga ini dijangka menjadi titik permulaan kepada era baharu Wakanda apabila ia ditayangkan di pawagam pada Disember 2028.

Sumber: Marvel

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Avengers: Endgame Encore Akan Berdurasi 185 Minit

Karim Khan

Sylvester Stallone Anggap Fizikal Pelakon Superhero Sukar Dicapai Secara Natural

Karim Khan

Prime Video Kongsi Pandangan Pertama Siri ‘Carrie’, Adaptasi Baharu Karya Ikonik Stephen King

Karim Khan

Netflix Raih Hak Penstriman Global The Walking Dead Universe Menerusi Perjanjian Bernilai RM2.3 Bilion

Karim Khan

X-Men Umum Barisan Pelakon, Adam Driver Sebagai Mr. Sinister

Karim Khan

3 Perkara Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang Dalam Trailer Avengers: Doomsday

Karim Khan

Leave a Comment