Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Gorilla Grodd Nyanyi Lagu Backstreet Boys Di Set The People v. Gorilla Grodd

DC Studios nampaknya bakal membawa sesuatu yang agak pelik tetapi menghiburkan menerusi siri dokumentari jenayah sebenar The People v. Gorilla Grodd.

Beberapa video dan foto dari lokasi penggambaran siri tersebut mula tersebar di media sosial, memperlihatkan Gorilla Grodd melakukan pelbagai perkara yang mungkin tidak pernah dibayangkan peminat sebelum ini - termasuk menyanyi bersama kumpulan a cappella dan mempersembahkan lagu Backstreet Boys.

Dalam salah satu rakaman dari set, Grodd dilihat berada di Metropolis University. Rakaman lain pula menunjukkan watak tersebut menghadiri majlis graduasi lengkap dengan jubah dan topi graduasi, selain menyertai persembahan a cappella.

Lebih menarik, Grodd turut dilihat menyanyikan lagu dari kumpulan Backstreet Boys, As Long as You Love Me dan ditujukan kepada seorang wanita muda.

Terdapat juga rakaman yang menunjukkan Jimmy Tatro, pelakon yang menyuarakan Grodd, dipercayai mempersembahkan lagu Party Rock Anthem daripada LMFAO. Satu lagi video memberikan gambaran tentang suara Tatro sebagai watak tersebut.

The People v. Gorilla Grodd merupakan siri dokumentari jenayah sebenar sebanyak lapan episod yang menampilkan Jimmy Olsen sebagai pengacara. Skyler Gisondo akan kembali membawa watak tersebut selepas muncul dalam Superman arahan James Gunn.

Dalam siri ini, Jimmy Olsen menyiasat sama ada Grodd sebenarnya dipenjarakan secara tidak adil selepas dituduh membunuh bapanya sendiri, King Grodd.

Jimmy Tatro pula akan memberikan suara kepada Gorilla Grodd. Sebelum ini, pelakon tersebut menjelaskan bahawa penglibatannya dalam siri ini lebih tertumpu kepada kerja suara, manakala teknologi motion capture digunakan untuk merakam ekspresi wajahnya.

Perkara itu mungkin menjelaskan kehadiran seorang pelakon berkostum gorila dalam beberapa foto dan video dari lokasi penggambaran di Georgia Institute of Technology. Pelakon berkostum tersebut dipercayai digunakan sebagai stand-in untuk watak Grodd sebelum versi CGI diterapkan dalam siri berkenaan.

Selain Skyler Gisondo dan Jimmy Tatro, siri ini turut menampilkan Beck Bennett sebagai Steve Lombard, Mikaela Hoover sebagai Cat Grant dan Wendell Pierce sebagai Perry White. Ketiga-tiga pelakon tersebut kembali membawakan watak masing-masing daripada Superman.

Pelakon lain yang terlibat termasuk Mary Holland, Eduardo Franco, Dan Perrault dan Arian Moayed.

Gorilla Grodd merupakan salah satu penjahat terkenal dalam dunia DC. Watak ini dicipta oleh penulis John Broome dan artis Carmine Infantino, dan pertama kali muncul dalam The Flash #106 pada Mei 1959.

Grodd digambarkan sebagai seekor gorila yang mempunyai kecerdasan luar biasa, selain memiliki kekuatan dan kepantasan luar biasa serta kuasa telepati dan telekinesis.

Berdasarkan apa yang didedahkan dari set penggambaran, The People v. Gorilla Grodd nampaknya memang tidak mengambil pendekatan dokumentari jenayah yang terlalu serius. Sebaliknya, siri ini bakal menggabungkan elemen misteri dengan komedi absurd yang cukup selari dengan konsepnya sebagai kisah mengenai seekor gorila genius yang menjadi suspek kes pembunuhan.

Sumber: IGN

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Penggambaran Avengers: Secret Wars Dilaporkan Mungkin Ditangguhkan Lagi Hingga 2027

Karim Khan

Josh Brolin Suka Dengan Idea Thanos Bertarung Dengan Doctor Doom

Karim Khan

Jeremy Renner Bergurau Avengers Bakal Kalah Dalam Doomsday Tanpa Hawkeye

Karim Khan

Robert Pattinson Akui Adegan Aksi The Batman: Part II Lebih Sukar

Karim Khan

Hayley Atwell Kecewa Cara Captain Carter Mati Dalam Doctor Strange 2

Karim Khan

Thor Bertembung Doctor Doom Dalam Treler Pertama Avengers: Doomsday

Karim Khan

Leave a Comment