Kakimuvee
Berita

Frozen 3 Perkenal Villain Baharu, Olaf Mungkin Mempunyai Cinta Hati

Showcase Frozen 3 di acara D23

Disney akhirnya memberikan gambaran awal mengenai Frozen 3 menerusi acara peminat D23, termasuk rakaman pertama yang memperkenalkan ancaman baharu terhadap Anna dan Elsa.

Pembentangan Frozen 3 menjadi antara kemuncak acara tersebut. Ia dimulakan dengan persembahan penuh emosi oleh Idina Menzel dan Kristen Bell sebelum Josh Gad tampil dengan lagu romantik yang mencetuskan persoalan sama ada Olaf bakal mempunyai kisah cinta dalam filem terbaharu ini.

Rakaman yang ditayangkan kemudiannya membawa penonton ke Arendelle, ketika Anna dan Kristoff akhirnya bersiap untuk melangsungkan perkahwinan. Acara tersebut menyatukan semula seluruh kumpulan, termasuk Elsa, Olaf dan Sven.

Namun, malam yang sepatutnya menjadi detik bahagia berubah apabila cahaya aurora borealis atau Northern Lights muncul di fjord Arendelle. Kehadirannya menjadi petanda kepada ancaman misteri yang bakal mengubah dunia Frozen.

Lirik yang dinyanyikan Menzel dan Bell menggambarkan cahaya tersebut sebagai sebuah jemputan misteri dari Northern Lights, sebelum ia kemudiannya dikaitkan dengan sesuatu yang digelar sebagai “hati beku terkutuk.”

Kristen Bell turut mengakui bahawa dunia Frozen kelihatan sedikit berbeza kali ini, manakala Menzel menggambarkan perjalanan Anna dan Elsa dalam filem baharu itu sebagai pengembaraan terbesar mereka setakat ini.

Walaupun jalan ceritanya kelihatan lebih gelap, elemen komedi yang menjadi identiti francais ini masih dikekalkan. Josh Gad tampil dengan persembahan lagu romantik yang membayangkan Olaf mungkin sedang jatuh cinta kepada seseorang bernama Samantha.

Nama tersebut dilihat sebagai satu callback kepada Frozen 2, apabila Olaf pernah menyebut nama Samantha secara spontan dan kemudiannya tertanya-tanya siapa sebenarnya individu tersebut.

Dalam rakaman utama Frozen 3, sekeping salji berbentuk aneh dilihat turun merentasi Arendelle sebelum dihentikan oleh Elsa dan membeku menjadi bongkah ais. Elsa kemudian mula menyiasat keadaan tersebut apabila Anna, Kristoff, Olaf dan Sven tiba di lokasi.

Artikel Berkaitan:  DISNEY PERNAH CUBA MEMILIKI FRANCAIS JAMES BOND SEBELUM AKHIRNYA DIMILIKI AMAZON

Sebuah laluan ais berkilauan kemudiannya muncul dan memanjang terus menuju ke arah Northern Lights.

Rakaman itu turut menampilkan beberapa momen komedi, termasuk Anna yang menyindir Kristoff kerana tidak membantu membawa ekor gaun pengantinnya. Olaf pula begitu teruja selepas berjaya mendapatkan jambangan bunga pengantin.

Namun, suasana berubah apabila Elsa berdepan dengan satu figura misteri yang kelihatan mengancam.


“Lihat siapa yang dibawa oleh cahaya Northern Lights,” ujar figura tersebut sebelum berkata, “Adik-beradik terkenal dari Arendelle! Akhirnya kita bertemu.”

Wajah watak berkenaan tidak diperlihatkan dalam rakaman tersebut. Dia hanya kelihatan memakai jubah gelap dan dikelilingi kepingan salji berbentuk tajam, sekali gus memberikan gambaran bahawa watak ini mungkin menjadi antagonis utama dalam Frozen 3.

Buat masa ini, identiti serta motif watak tersebut masih menjadi misteri. Namun, kemunculannya memberi petunjuk bahawa pengembaraan baharu Anna dan Elsa bakal membawa mereka berdepan ancaman yang jauh lebih besar.

Frozen 3 dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 24 November 2027, lapan tahun selepas Frozen 2 yang ditayangkan pada 2019. Pelakon utama francais ini dijangka kembali untuk filem ketiga tersebut.

Sebelum ini, Kristen Bell turut menafikan laporan yang mendakwa dia akan menerima bayaran AS$60 juta untuk menyuarakan watak Anna dalam Frozen 3 dan Frozen 4. Bagaimanapun, pelakon tersebut mengakui bahawa dia sememangnya menerima bayaran yang sangat lumayan hasil penglibatannya dalam francais popular Disney itu.

Sumber: IGN

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Alan Ritchson Dan Isteri, Cat, Berpisah Selepas 20 Tahun Bersama

Karim Khan

Christopher Nolan akui berminat mengarah filem seram

Karim Khan

The Odyssey Raih Lebih AS$1.6 Bilion, Hampir Pecahkan Rekod Universal

Karim Khan

Isabela Merced Terajui Adaptasi Filem ‘The House of the Dead’ Arahan Paul W.S. Anderson

Karim Khan

David Fincher Dedah Tajuk Baharu Sekuel Once Upon a Time in Hollywood

Karim Khan

Remake Possession Tambah Tiga Lagi Pelakon, Penggambaran Kini Sedang Berjalan

Karim Khan

Leave a Comment