Kakimuvee
Horror

Idris Elba Terperangkap Dalam Imej Pertama Filem Sci-Fi Thriller ‘Above The Below’

Lionsgate telah mendedahkan beberapa imej pertama daripada filem sci-fi survival thriller terbaharu, Above the Below, yang dibintangi Idris Elba bersama Caitlin FitzGerald dan Hero Fiennes Tiffin.

Filem ini mengisahkan tiga angkasawan yang terselamat daripada insiden ketika memasuki semula atmosfera Bumi, namun perjalanan pulang mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kapsul angkasa yang dinaiki terhempas ke dalam lautan.

Terperangkap jauh di dasar laut tanpa sebarang hubungan dengan dunia luar, ketiga-tiga angkasawan itu perlu mencari jalan untuk menyelamatkan diri sebelum bekalan oksigen mereka kehabisan.

Keadaan menjadi semakin genting apabila mereka terpaksa membuat keputusan sukar, termasuk menentukan siapa yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk sampai ke permukaan dan siapa yang mungkin terpaksa ditinggalkan.

Selain membawakan watak Jackson, ketua misi angkasa tersebut, Idris Elba turut bertindak sebagai pengarah bersama Martin Owen (The Loneliest Boy in the World). Caitlin FitzGerald pula memainkan watak Brookes, juruterbang bersama, manakala Hero Fiennes Tiffin sebagai Rhodes, seorang angkasawan muda yang menjalani misi pertamanya.

Dalam temu bual bersama Collider, Elba mendedahkan bahawa sebahagian besar penggambaran filem ini menggunakan pendekatan praktikal bagi menghasilkan suasana yang lebih realistik.

Menurutnya, pasukan produksi membina sebuah kapsul angkasa sebenar sebelum menenggelamkannya ke dalam air, selain menjalankan banyak penggambaran di bawah permukaan air.

Pendekatan tersebut digunakan untuk menghasilkan suasana sempit dan mencemaskan, sekali gus memperkukuh elemen claustrophobia yang menjadi antara fokus utama filem ini.

Naskhah berdurasi sekitar 85 minit ini ditulis oleh Elizabeth Morris, Matthew Mitchell dan Vicki Sargent, dengan penggambaran dijalankan di Pinewood Studios, England.

Above the Below dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 4 Disember 2026, termasuk di Malaysia.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Inde Navarrette Terperangkap Di Atas Roller Coaster Dalam Invertigo

Karim Khan

Resident Evil: TV Spot Baharu Berikan Pandangan Pertama Anjing Zombie

Karim Khan

Haunted Universities 4 Bakal Hantui Pawagam Malaysia Pada 27 Ogos Ini

Karim Khan

Never After Dark: Filem Seram Jepun Dipuji Stephen King

Farah

Pulse Karya Kiyoshi Kurosawa Bakal Mendapat Remake Baharu

Karim Khan

Bintang Obsession Michael Johnston Bakal Sertai Barisan Pelakon The Mummy 4

Karim Khan

Leave a Comment