Kakimuvee
BeritaOfficial Trailer

Liam Neeson Jadi Buruan Polis Dalam Treler Rasmi The Mongoose

Liam Neeson kembali dengan sebuah lagi filem aksi berintensiti tinggi menerusi The Mongoose, yang baru sahaja melancarkan treler rasminya.

Diterbitkan oleh Samuel Goldwyn Films, filem ini menyaksikan Neeson membawa watak Ryan “Fang” Flanagan, seorang veteran perang Afghanistan yang menerima pelbagai pingat penghormatan sebelum dituduh atas jenayah yang tidak dilakukannya.

Diburu Polis Dalam Kejar-Mengejar Merentas Negara

Flanagan dituduh terlibat dalam satu jenayah yang membabitkan pasangan baharu bekas isterinya, sekali gus memaksanya melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Memandu sebuah kereta sports berprestasi tinggi, Flanagan mencetuskan aksi kejar-mengejar merentas negara yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Mengejar Flanagan ialah sekumpulan anggota Texas Highway Patrol yang diketuai Pope, seorang ketua polis yang agresif dan tidak gentar menggunakan kekerasan. Watak Pope dilakonkan oleh Michael Chiklis.

Sepanjang pelariannya, Flanagan turut menerima sokongan daripada bekas isterinya yang dilakonkan Marisa Tomei, serta rakan seperjuangannya ketika berkhidmat di Afghanistan, lakonan Ving Rhames. Malah, orang ramai turut berkumpul di sepanjang lebuh raya sambil memberikan sorakan dan sokongan kepada Flanagan.

Treler itu turut memaparkan pertikaman lidah antara Pope dan Flanagan apabila Pope memberi amaran bahawa keadaan bakal menjadi lebih buruk, namun Flanagan membalas dengan penuh yakin sebelum meneruskan pelariannya menggunakan kenderaan yang dikenali sebagai “The Mongoose”.

Diarahkan Bekas Pelagak Ngeri Liam Neeson

The Mongoose diarahkan oleh Mark Vanselow, yang sebelum ini terkenal sebagai pelagak ngeri (stunt double) Liam Neeson dan pernah bekerjasama dengannya dalam francais Taken.

Treler filem ini menjanjikan pelbagai aksi mendebarkan termasuk adegan kejar-mengejar berkelajuan tinggi, kenderaan berpusing, rempuhan dan letupan.

Naskhah ini ditulis oleh Thompson Evans, manakala Al Corley, Bart Rosenblatt dan Eugene Musso bertindak sebagai penerbit.

Menariknya, walaupun menjalani penggambaran sepenuhnya di Australia, lokasi tersebut diubah suai untuk menggambarkan beberapa kawasan termasuk Afghanistan, Arkansas dan Texas.

The Mongoose dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 30 Oktober 2026.

Sumber: The Hollywood Reporter

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Warner Bros. Discovery Saman Amazon, Dakwa Pujuk Eksekutif Tinggalkan Syarikat Sebelum Kontrak Tamat

Karim Khan

Blade Runner 2099 Tayang November Ini, Prime Video Dedah Teaser Pertama

Karim Khan

Pendulum: Filem Seram Terbaharu Lakonan Joseph Gordon-Levitt Kini Dedah Teaser

Karim Khan

Produksi ‘Rush Hour 4’ Dipercepatkan, Brett Ratner Kembali Sebagai Pengarah

Karim Khan

Brie Larson Bintangi Filem Creature Horror Skeletons, Bakal Tayang Pada Jun 2027

Karim Khan

John Cena Tampil Dalam Treler Rasmi Beroktan Tinggi – Matchbox The Movie

Karim Khan

Leave a Comment