Kakimuvee
Berita

Vin Diesel Sahkan Penggambaran Fast & Furious 11 Akhirnya Bermula

Vin Diesel berkongsi perkembangan terbaru dari lokasi penggambaran Fast Forever, sekali gus memberikan gambaran di sebalik tabir filem penutup francais Fast & Furious yang kini sedang menjalani penggambaran.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Diesel memaklumkan produksi kini berjalan lancar sambil memuji komitmen kru yang bertungkus-lumus menyiapkan filem tersebut.

“Saya berada di set. Semua orang sedang bekerja keras. Kru yang luar biasa sedang menjalankan tugas mereka,” kata Diesel dalam video itu.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang setia menyokong francais tersebut selama lebih dua dekad.

“Anda semua adalah penonton dan peminat terbaik di dunia. Terima kasih kerana terus bersabar dengan industri, studio dan juga saya,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel)

Dalam kapsyen perkongsian itu, Diesel turut memberi bayangan ringkas mengenai perkembangan filem berkenaan dengan menulis, “Perkara baik sedang menanti.”

Francais Fast & Furious bermula pada tahun 2001 menerusi The Fast and the Furious sebelum berkembang daripada kisah perlumbaan jalanan kepada siri aksi berskala besar yang telah meraih kutipan lebih AS$7 bilion di seluruh dunia.

Fast Forever dijangka menjadi penutup kepada saga Dominic Toretto dan kini sedang dalam proses penggambaran sebelum dijadualkan menemui penonton pada 17 Mac 2028.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Siri TV Fast & Furious Akan Dihasilkan, Vin Diesel Jadi Penerbit Eksekutif

Related posts

Inde Navarrette Mahu Bawa Watak Mystique Ke MCU, Akui Sudah Bertemu Pengarah X-Men

Karim Khan

Filem Prekuel ‘The Conjuring: First Communion’ Mula Penggambaran, Pelakon Untuk Watak Muda Ed dan Lorraine Warren Didedahkan

Karim Khan

Kit Connor Dilapor Dipilih Sebagai Cyclops Dalam Reboot X-Men MCU

Karim Khan

Christopher Nolan akui berminat mengarah filem seram

Karim Khan

Wildwood Bakal Jadi Filem Animasi Stop-Motion Terpanjang Pernah Dihasilkan

Farah

Filem Spin-Off Bane & Deathstroke Masih Jadi Keutamaan DC Studios Walaupun ‘Supergirl’ Gagal Di Pawagam

Karim Khan

Leave a Comment