Kakimuvee
DisneyPlusStreamingSuperhero / Live-Action / Comic

Disney+ Batalkan Wonder Man, Tiada Musim Kedua

Yahya Abdul-Mateen II dan Ben Kingsley dalam siri'Wonder Man'

Hasrat peminat untuk menyaksikan kesinambungan siri Wonder Man tidak kesampaian apabila Disney+ dilaporkan membatalkan siri Marvel tersebut dan tidak akan meneruskan pembikinan musim kedua.

Keputusan itu dibuat walaupun Disney+ sebelum ini dilaporkan telah memberikan lampu hijau untuk musim kedua pada Mac lalu. Pembatalan ini sekali gus menjadikan Wonder Man mengikuti jejak kebanyakan siri aksi nyata Marvel di platform penstriman tersebut yang hanya bertahan selama satu musim.

Diterajui oleh Yahya Abdul-Mateen II sebagai Simon Williams atau Wonder Man, siri ini turut menampilkan Ben Kingsley yang kembali menghidupkan watak Trevor Slattery.

Mencatat Permulaan Kukuh, Namun Gagal Kekalkan Momentum

Ketika ditayangkan pada penghujung Januari lalu, Wonder Man mencatat permulaan yang memberangsangkan dengan mengumpulkan sebanyak 618 juta minit tontonan sepanjang minggu pertama tayangannya berdasarkan data Nielsen.

Namun begitu, siri tersebut gagal mengekalkan momentum apabila terkeluar daripada senarai 10 siri penstriman original paling popular selepas itu.

Walaupun prestasi tontonan mula menurun, Wonder Man menerima sambutan positif daripada pengkritik dan penonton di beberapa laman ulasan. Malah, lakonan Yahya Abdul-Mateen II turut mendapat pengiktirafan apabila beliau dicalonkan dalam Anugerah Emmy menerusi watak utama tersebut.

Dengan pembatalan Wonder Man, hanya Loki dan Daredevil: Born Again kekal sebagai siri aksi nyata Marvel di Disney+ yang mempunyai lebih daripada satu musim.

Sementara itu, walaupun WandaVision, Agatha All Along dan siri akan datang VisionQuest saling berkait dalam jalan cerita yang sama, ketiga-tiganya masih dianggap sebagai siri berasingan.

Bagi siri animasi pula, beberapa judul seperti What If…? dan X-Men ’97 berjaya diteruskan untuk lebih daripada satu musim.

Sebelum pembatalan diumumkan, pencipta bersama siri ini, Destin Daniel Cretton dan Andrew Guest dijangka kembali menerajui musim kedua.

Andrew Guest berperanan sebagai showrunner, manakala Destin Daniel Cretton mengarahkan beberapa episod selain bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, Louis D’Esposito, Jonathan Schwartz dan ketua Marvel Television serta Marvel Animation, Brad Winderbaum.

Selain Yahya Abdul-Mateen II dan Ben Kingsley, siri ini turut dibintangi X Mayo, Demetrius Grosse, Zlatko Burić, Arian Moayed, Olivia Thirlby, Dan Donohue dan Kameron J. Meadows.

Sumber: THR

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Showrunner Lanterns Beri Bayangan Tentang Hala Tuju Musim Kedua

Karim Khan

Ryan Coogler Kembali Ke Wakanda, David Jonsson Dipilih Sebagai Black Panther Baharu

Karim Khan

Josh Brolin Suka Dengan Idea Thanos Bertarung Dengan Doctor Doom

Karim Khan

Lilo & Stitch 2: Pandangan Pertama Makhluk Asing Merah Jambu, Angel

Karim Khan

Netflix Umum Siri Baharu Parasite: TAMIYA, Bakal Tayang Pada 2027

Karim Khan

Daripada ‘Human Vapor’ Hingga ‘Danur 4’, Ini Tontonan Seram Netflix Pada Julai 2026

Karim Khan

Leave a Comment